Apa yang Berlaku?

Teruskan Scroll

Apa yang

Berlaku?

Teruskan Scroll

Pada 7 Oktober 2023, Sabtu, jam 6:30 pagi waktu tempatan, Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah melancarkan satu serangan mengejut ke atas Israel. 

Serangan yang jatuh pada hari perayaan Simchat Torah ini mengulangi serangan mengejut yang pernah dilancarkan oleh Mesir dan Syria ke atas Israel pada 6 Oktober 1973, 50 tahun yang lalu. 

Serangan tersebut dikenali sebagai Perang Oktober atau Perang Ramadan (kerana berlaku pada bulan Ramadan) atau Perang Yom Kippur (kerana berlaku ketika Perayaan Yom Kippur) sementara serangan Hamas baru-baru ini pula diberi nama Perang Taufan al-Aqsa.

Berikut adalah rangkuman bagaimana serangan tersebut berlaku.

1

Menjatuhkan Bahan Letupan Menggunakan Dron

Menggunakan dron komersial, Hamas telah mengebom menara-menara peninjau, infrastruktur komunikasi dan sistem persenjataan milik Israel di sepanjang sempadan.

Serangan dimulakan dengan operasi memusnahkan sistem telekomunikasi, pengawasan dan persenjataan yang berada di menara-menara peninjau di sepanjang sempadan Gaza dengan Israel. Operasi ini dilakukan dengan menggunakan dron yang dihasilkan sendiri oleh jurutera al-Qassam.

Operasi ini telah menyebabkan tentera Israel berada dalam ‘kegelapan’ pada jam-jam awal serangan ekoran terputus komunikasi dengan pasukan yang berkawal di sempadan Gaza. Ia juga kemudian telah memudahkan pergerakan pejuang Hamas untuk menyusup masuk ke wilayah selatan Israel.

2

Pelancaran Roket dan Penyusupan Unit Peluncur

Hamas melancarkan antara 3,000-5,000 roket ke arah Israel yang menjangkau sehingga ke Tel Aviv. Pada waktu yang sama, unit peluncur (paraglider) Hamas turut menyusup masuk.

Serangan kemudian diteruskan dengan pelancaran antara 3,000 ke 5,000 roket ke arah Israel dalam tempoh 20 minit. Serangan dilaporkan menjangkau sehingga ke Tel Aviv yang berada kira-kira 75 km dari Gaza.

Serangan roket secara bertubi-tubi ini menyebabkan sistem pertahanan Iron Dome Israel tidak dapat memintas semua roket yang dilancarkan oleh Hamas. Akibatnya, beberapa letupan dan kerosakan dilaporkan berlaku di Gedera, Herzliyya, Ashkelon dan Tel Aviv.

Serentak dengan serangan ini, sebahagian pejuang Hamas telah menyusup masuk ke dalam Israel melalui laut menggunakan bot dan udara menggunakan peluncur bermotor (motorized paraglider). Ini kali pertama Hamas menggunakan peluncur untuk menyerang Israel.

Dua pasukan elit Hamas juga telah bertindak menyerang dua pintu sempadan utama antara Gaza dan Israel - Pintu Sempadan Erez di utara (Beit Hanoun) dan Pintu Sempadan Karim Abu Salem di selatan (Rafah). Mereka berjaya menguasai kedua-dua pintu sempadan dalam tempoh yang singkat.

3

Meletupkan Pagar Sempadan

Meletupkan Pagar Sempadan

Hamas meletupkan pagar sempadan di lebih 20 titik dan menggunakan bukaan kecil yang terhasil untuk menyusup masuk menggunakan motosikal.

Pejuang Hamas yang lain kemudian menghampiri pagar sempadan di lebih 20 titik dari utara hingga selatan Gaza, meletupkannya dan masuk ke wilayah selatan Israel dengan menaiki motosikal atau berjalan kaki.

Rakaman video yang tular menunjukkan pejuang Hamas membawa bersama mereka senjata-senjata ringan seperti senapang, bom tangan dan pelancar anti-kereta kebal. Mereka turut dilengkapi dengan kamera badan;  dipercayai untuk tujuan rujukan operasi di masa hadapan selain menjadi alat propaganda dan bahan bukti kepada dakwaan-dakwaan yang mungkin berlaku.

4

Melebarkan Bukaan Menggunakan Jentolak

Melebarkan Bukaan Menggunakan Jentolak

Hamas melebarkan bukaan sempadan menggunakan jentolak untuk menyusup masuk menggunakan kenderaan yang lebih besar (trak pikap) dengan jumlah anggota yang lebih ramai.

Di beberapa titik lintasan, pejuang Hamas dilihat turut menggunakan jentolak untuk meruntuhkan pagar sempadan untuk membuka laluan yang lebih luas untuk kemasukan unit pacuan 4 roda.

Di titik-titik inilah berlakunya kemasukan penduduk awam Gaza ke wilayah selatan Israel secara beramai-ramai untuk melihat sendiri kampung halaman mereka yang telah dirampas dan dijajah sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948.

Menjelang jam 8:30 pagi, pejuang Hamas dilaporkan telah menyerbu tiga pangkalan tentera Israel di sekitar Gaza - Zikim di utara, Nahal Oz yang terletak bertentangan dengan Bandar Gaza, dan Re'im yang terletak bertentangan dengan wilayah tengah Gaza. Mereka juga berjaya menawan sejumlah tentera Israel untuk dijadikan tebusan.

Selain pangkalan tentera, kerajaan Israel mendakwa sekurang-kurangnya 25 komuniti berhampiran sempadan Gaza juga telah diserang oleh pejuang Hamas mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian orang awam. Sejumlah orang awam telah turut ditawan dan dijadikan tebusan.

Serangan ini telah menyebabkan hampir 1,200 orang rakyat Israel terkorban (termasuk tentera dan orang awam) dan 250 orang ditawan. Ia adalah serangan terburuk yang pernah dialami oleh Israel dalam tempoh sehari sejak ia ditubuhkan pada tahun 1948. Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat mengklasifikasikan serangan ini sebagai serangan pengganas. 

Tanpa menafikan keganasan yang berlaku, Profesor Norman Finkelstein, seorang profesor sains politik berbangsa Yahudi, bersimpati dan boleh memahami tindakan yang diambil oleh pejuang Hamas. Beliau menyifatkan serangan ini sebagai cubaan pemuda-pemuda Hamas untuk membebaskan diri mereka daripada kem tahanan (concentration camp) yang terbentuk ekoran penjajahan Israel ke atas Gaza sejak 50 tahun yang lalu.

Pada waktu yang sama, Judith Butler, profesor dalam bidang falsafah dan kajian gender, juga ahli pertubuhan Jewish Voice for Peace (JVP) berpendapat adalah lebih jujur ​​dan tepat dari segi sejarah untuk mengatakan bahawa serangan pada 7 Oktober adalah satu penentangan bersenjata dan bukan serangan pengganas.

“Anda boleh menyokong atau menentang Hamas, tetapi marilah kita sekurang-kurangnya menyebut ia sebagai penentangan bersenjata, dan kemudian kita boleh berdebat tentang sama ada mereka telah melakukan perkara yang betul (atau tidak).”

Penganalisis, pakar ketenteraan dan perisikan menyifatkan serangan ini sebagai kegagalan ketenteraan dan perisikan Israel yang amat mengejutkan dan memalukan.

Bagaimana sebuah negara yang memiliki kekuatan ketenteraan yang ke-17 terbesar di dunia dan badan perisikan yang kedua terbesar di dunia selepas CIA tidak dapat menghidu serangan yang Hamas lancarkan?

Bekas Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Ben Rhodes dalam satu wawancara di MSNBC mengakui terkejut dengan skala dan tahap kerumitan operasi yang Hamas lancarkan. Serangan pelbagai hala dengan sofistikasi yang ditunjukkan memerlukan persediaan berbulan-bulan.

Bekas Pengarah CIA, John Brennan pula berkata kejayaan serangan Hamas “membangkitkan persoalan tentang keupayaan perisikan Israel... dan sama ada sumber perisikan mereka telah terjejas.”

Pagar dan Zon Larangan Di Sempadan Israel-Gaza

Bekas Pegawai Perisikan Kanan CIA, Marc Polymeropoulos mendakwa antara faktor yang menyumbang kegagalan Israel pada 7 Oktober ialah kebergantungan yang terlalu tinggi kepada teknologi.

Pada Disember 2021, Israel mengumumkan kejayaan projek pembinaan ‘pagar pintar’ di sepanjang sempadan Israel-Gaza. Projek bernilai $1.1 bilion (RM4.6 bilion) ini membolehkan pagar sempadan Israel yang baru dilengkapi dengan penghadang bawah tanah, sistem radar seismik (untuk mengesan cubaan Hamas membina terowong), dan kamera pintar. Menara-menara peninjau di sepanjang sempadan pula telah dilengkapkan dengan mesingan kawalan jauh (untuk mengurangkan risiko tentera Israel ditembak oleh penembak tepat Hamas).

Kebergantungan tinggi kepada teknologi telah menyebabkan Israel mengurangkan jumlah tenteranya di sempadan dan memberi kesan kepada keruntuhan pertahanan mereka dalam waktu yang singkat.

Rakyat Israel turut mempersoalkan kegagalan kerajaan mereka melindungi rakyat daripada ancaman yang berlaku. Mereka mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dan menuntut supaya satu siasatan terperinci dijalankan untuk mengenal pasti sebarang kecuaian yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Netanyahu enggan meletakkan jawatan bahkan mencadangkan supaya siasatan ditunda sehingga perang tamat supaya perhatian penuh dapat diberikan kepada operasi ketenteraan yang sedang berjalan.

“Yang paling saya ingin letakkan jawatan ialah Hamas. Kita akan letakkan mereka ke tong sampah sejarah,” tegas Netanyahu.

Bacaan lanjut:

Bacaan lanjut:

How Hamas breached Israel’s ‘Iron Wall’ - https://www.washingtonpost.com/world/2023/10/10/how-hamas-entered-israel/ 

How the Hamas attack on Israel unfolded - https://www.reuters.com/world/middle-east/how-hamas-attack-israel-unfolded-2023-10-07/ 

What happened in Israel? A breakdown of how Hamas attack unfolded - https://www.aljazeera.com/news/2023/10/7/what-happened-in-israel-a-breakdown-of-how-the-hamas-attack-unfolded 

A detailed look at how Hamas secretly crossed into Israel - https://abcnews.go.com/International/detailed-hamas-secretly-crossed-israel/story?id=103917182 

Opening the gates of hell: How Hamas carnage unfolded on Israel’s ‘Black Shabbat’ - https://www.timesofisrael.com/opening-the-gates-of-hell-how-hamas-carnage-unfolded-on-israels-black-shabbat/ 

From hubris to humiliation: The 10 hours that shocked Israel - https://www.aljazeera.com/opinions/2023/10/7/from-hubris-to-humiliation-the-10-hours-that-shocked-israel

The Catastrophe of October 7. Why Did It Happen? - https://www.thenation.com/article/world/israel-gaza-hamas-war-netanyahu/  

An Intelligence Failure in Israel, but What Kind? - https://www.lawfaremedia.org/article/an-intelligence-failure-in-israel-but-what-kind 

October 7: Israel's four-fold blunder - https://www.ynetnews.com/article/h1005d0k116 

Hamas assault echoes 1973 Arab-Israeli war – a shock attack and questions of political, intelligence culpability - https://theconversation.com/hamas-assault-echoes-1973-arab-israeli-war-a-shock-attack-and-questions-of-political-intelligence-culpability-215228 

Hamas' unprecedented wave of attacks is a humiliation for Israel's legendary spy networks, say security analysts - https://www.businessinsider.com/why-the-hamas-attacks-have-trashed-israels-reputation-for-spying-2023-10 

Israel-Palestine war: This humiliation has shaken the Israeli psyche to its core - https://www.middleeasteye.net/opinion/israel-palestine-war-humiliation-psyche-shaken-core

Humiliated and defeated: Fear, shock grip Israel after Hamas assault - https://www.washingtonpost.com/world/2023/10/07/israel-gaza-hamas-attack-netanyahu/ 

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET