Fitnah & Berita Palsu

Fitnah &

Berita Palsu

Teruskan Scroll

Teruskan Scroll

Fitnah dan berita palsu sekitar serangan 7 Oktober telah berlegar-legar seawal minggu pertama lagi. Malangnya media utama antarabangsa rata-rata gagal menyemak dan menapis fitnah dan berita palsu ini. Sebaliknya, mereka pula yang menjadi medium utama kepada penyebaran fitnah dan berita palsu ini.

Lebih memburukkan keadaan ialah apabila pemimpin-pemimpin utama dunia terus mengungkapkan fitnah dan berita palsu ini dalam kenyataan-kenyataan rasmi dan diplomatik mereka walaupun ia telah terbukti salah dan tidak boleh dipercayai.

Berikut dikongsikan fitnah dan berita palsu UTAMA yang berlegar di media utama dan media sosial sehingga hari ini terkait operasi 7 Oktober.

FITNAH #1

FITNAH #1

HAMAS Sembelih 40 Bayi

HAMAS Sembelih 40 Bayi

Fitnah ini tersebar seawal hari ketiga lagi. Ia bermula dari seorang wartawan i24NEWS yang membuat liputan di Kibbutz Kfar Aza, salah sebuah penempatan yang menjadi sasaran serangan Hamas. Wartawan tersebut, Nicole Zedek, mendakwa beliau mendengar tentera Israel berkata “ada bayi yang kepalanya disembelih” dan “mereka percaya sekurang-kurangnya 40 bayi telah dibunuh.”

Berita ini kemudian disalin oleh pelbagai media antarabangsa dan disebarkan sebelum sebarang semakan dibuat. Akhbar-akhbar di UK seperti The Times, Metro, Daily Express, Financial Times dan The Scotsman telah menerbitkan berita ini di muka hadapan tabloid mereka pada 11 Oktober dengan merujuk i24NEWS sebagai sumber.

“Kami belum melihat bukti kepada dakwaan ini. Kami telah menghubungi IDF (tentera Israel) sebanyak tiga kali untuk mengesahkannya. Tetapi mereka belum kembali dengan sebarang jawapan," jelas pembaca berita Sky News.

Fitnah ini turut disebarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Beliau menyebut dalam satu sidang akhbar pada 11 Oktober: “Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan melihat, (dan) telah mengesahkan, gambar pengganas memenggal kepala kanak-kanak.”

Dakwaan ini walau bagaimanapun telah dinafikan sendiri oleh Jurucakap Rumah Putih sehari selepas sidang akhbar tersebut. Dalam jawapan kepada soalan wartawan The Washington Post, jurucakap Rumah Putih berkata kenyataan Presiden Biden adalah berdasarkan laporan berita dan dakwaan oleh kerajaan Israel; bukan daripada gambar sebenar seperti yang didakwa.

Data menunjukkan tiada bayi yang terbunuh dalam serangan Hamas di Kfar Aza. TIADA. Data yang diterbitkan oleh Israel sendiri boleh mengesahkan fakta ini. 

Pun begitu, data keseluruhan menunjukkan ada dua bayi yang terbunuh ketika serangan 7 Oktober. Seorang berumur 10 bulan, Mila Cohen. Beliau terbunuh dalam serangan di Kibbutz Be’eri selepas dipercayai terkena peluru yang menembusi pintu. Seorang lagi bayi yang lahir pada hari kejadian menerusi prosedur “caesarean section” selepas ibunya yang sedang sarat mengandung terbunuh dalam serangan di Kibbutz Re’im. Bayi tersebut hanya bertahan selama 14 jam sebelum meninggal dunia.

Jadi, data sebenar mengesahkan tiada seorang pun bayi yang terbunuh akibat disembelih seperti mana yang disebarkan; apalagi 40 bayi. Data juga mengesahkan tiada bayi yang dibakar atau dipanggang di dalam oven atau mayatnya digantung di ampaian baju seperti didakwa dalam berita-berita palsu yang lain.

FITNAH #2

FITNAH #2

HAMAS Bunuh Orang Awam

HAMAS Bunuh Orang Awam

Serangan 7 Oktober telah menyebabkan 1,195 orang rakyat Israel terbunuh dan 815 orang (68%) daripadanya adalah orang awam. Korban orang awam yang tertinggi dilaporkan berlaku dalam serangan ke atas peserta Festival Muzik Supernova yang terletak berhampiran dengan Kibbutz dan Pangkalan Tentera Re’im. 364 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan tersebut.

Dokumen Hamas bertajuk “Naratif Kami: Mengapa Operasi Taufan al-Aqsa Dilancarkan?” yang diterbitkan pada 21 Januari 2024 tidak menafikan kemungkinan berlaku kesilapan ketika operasi dijalankan sehingga menyebabkan orang awam terbunuh.

“Beberapa kesilapan mungkin telah berlaku semasa Operasi Taufan Al-Aqsa akibat keruntuhan sistem keselamatan dan ketenteraan Israel yang berlaku dengan sangat pantas,” kata Hamas. Tapi gerakan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa sayap ketenteraannya telah dengan sengaja mensasarkan orang awam dalam serangan mereka.

“Mengelakkan kemudaratan ke atas orang awam, terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua adalah komitmen agama dan moral semua pejuang Briged Al-Qassam. Pejuang kami sangat berdisiplin dan komited dengan adab-adab Islam ketika berperang sepanjang operasi dilaksanakan.”

“Pejuang kami hanya mensasarkan tentera penjajah dan mereka yang membawa senjata… Jika terdapat sebarang insiden penyasaran orang awam, ia berlaku secara tidak sengaja di tengah-tengah konfrontasi dengan tentera penjajah,” jelas gerakan itu.

Tetapi, sekiranya pembunuhan orang awam berlaku dengan tidak sengaja, mengapa jumlah yang dilaporkan begitu tinggi; bahkan lebih tinggi daripada jumlah tentera yang terkorban? Apa sebenarnya yang berlaku? 

Persoalan ini mula terjawab selepas beberapa akhbar Israel sendiri mula mendedahkan sedikit demi sedikit situasi sebenar yang berlaku pada 7 Oktober.

Dalam satu pendedahan awal oleh Ynet, sebuah portal atas talian berbahasa Ibrani pada 15 Oktober 2023, wartawan Yoav Zitun memetik pengakuan Leftenan Kolonel A., Komander Skuadron 190 yang telah mengarahkan juruterbangnya untuk “menembak semua objek bergerak yang berada berhampiran dengan kawasan pagar sempadan dan di beberapa titik yang telah dikenalpasti termasuk sebuah pangkalan tentera.”

“Sukar untuk tentera Israel membezakan antara pengganas dan tentera (Israel) atau orang awam. Tetapi keputusan telah dibuat bahawa objektif utama helikopter pejuang dan dron Zik (Elbit Hermes 450) adalah untuk menghentikan kemaraan pengganas,” tulis Zitun.

Pengakuan ini diperkukuh dengan liputan akhbar Haaretz pada 18 November yang merakam sumber polis yang mengesahkan “sebuah helikopter tempur Israel telah menembak ke arah pengganas dan turut mengenai beberapa peserta festival (Supernova). Haaretz walau bagaimanapun tidak menyebut berapa ramai peserta festival yang terbunuh akibat serangan helikopter tersebut.

Dalam satu pendedahan berbeza oleh akhbar Haaretz pada 20 Oktober 2023, seorang ahli pasukan keselamatan di Kibbutz Be'eri, Tuval Escapa, mengaku bahawa "komander di lapangan telah membuat keputusan yang sukar termasuk mengebom rumah-rumah penduduk untuk menghapuskan pengganas (Hamas) bersama-sama tawanan."

Pendedahan ini telah disahkan melalui testimoni seorang wanita Israel, Yasmin Porat yang menjadi saksi pembunuhan yang berlaku di kibbutz tersebut dalam satu temubual dengan Stesen Radio Israel, Kan. Porat bersaksi bahawa "tidak syak lagi" tentera Israel telah membunuh ramai orang dalam pertempuran mereka dengan pejuang Hamas pada 7 Oktober. "Mereka membunuh semua orang, termasuk tawanan," katanya.

Pendedahan ini mengejutkan banyak pihak tapi tidak bagi bekas tentera Israel. Ini kerana tentera Israel mempunyai satu protokol yang dikenali sebagai ‘Hannibal Directive’ yang membenarkan tentera Israel membunuh anggota mereka sendiri sekiranya mereka berisiko tinggi ditawan oleh pihak musuh. Ini untuk mengelak Israel daripada berdepan dengan situasi terpaksa berunding dengan musuh untuk pertukaran tawanan.

Kolonel Nof Erez dari pasukan simpanan tentera udara Israel dalam satu wawancara dengan Haaretz pada 15 November mendakwa: “Apa yang kita lihat di sini ialah ‘Hannibal’ secara besar-besaran!” Kali ini bukan tentera sahaja yang menjadi sasaran. Rakyat awam Israel juga turut menjadi mangsa.

Ironinya, skandal terkait Hannibal Directive ini tidak mendapat liputan meluas media di barat. Hanya media bebas seperti Electronic Intifada, The Cradle, The Grayzone, The Intercept dan Mondoweiss yang bersedia menerbitkan berita tentang skandal ini.

Apa pun situasi sebenar di sebalik pembunuhan ramai rakyat Israel hanya dapat disahkan melalui siasatan bebas antarabangsa. Malangnya sehingga saat ini Israel tidak membenarkan sebarang siasatan dilaksanakan baik oleh pihak antarabangsa mahupun oleh badan siasatan di Israel sendiri.

FITNAH #3

FITNAH #3

HAMAS Rogol Tawanan Wanita

HAMAS Rogol Tawanan Wanita

Satu lagi tuduhan berat yang dilemparkan ke atas Hamas ialah pejuang-pejuangnya telah merogol wanita-wanita Israel dalam serangan 7 Oktober. 

Beberapa orang peserta Festival Muzik Supernova yang terselamat mendakwa mereka menyaksikan beberapa orang wanita Israel telah dirogol di hadapan mata mereka. Seorang saksi bahkan mendakwa pejuang Hamas telah memotong payu dara seorang mangsa dan memenggal kepala tiga mangsa yang lain selepas mereka dirogol. Walau bagaimanapun, laporan Haaretz mengesahkan polis Israel berdepan masalah untuk membekalkan dakwaan-dakwaan ini dengan bukti-bukti forensik kerana tiada satu pun mayat yang dijumpai berada dalam keadaan seperti yang diceritakan.

Akhbar New York Times (NYT) menjadi akhbar pertama yang mengesahkan jenayah rogol benar-benar berlaku pada 7 Oktober melalui satu siasatan komprehensif selama 2 bulan. Siasatan tersebut diketuai oleh wartawan Jeffrey Gettleman, seorang pemenang Hadiah Pulitzer, sambil dibantu oleh dua orang wartawan bebas dari Israel, Anat Schwartz dan Adam Sella. Laporan NYT bukan sahaja mengesahkan jenayah rogol berlaku bahkan mendakwa jenayah rogol telah berlaku secara meluas dan sistematik!

NYT membina dakwaan mereka berdasarkan video mayat seorang wanita Israel, Gal Abdush, yang ditemui dalam keadaan “telentang, pakaiannya koyak, kaki terbentang, dan kemaluannya terdedah (tanpa pakaian dalam).” Walau bagaimanapun dakwaan NYT telah dinafikan oleh ahli keluarga Abdush sendiri sebaik sahaja ia diterbitkan. Mereka mendakwa kisah Abdush telah dimanipulasi oleh wartawan NYT.

NYT juga menyertakan testimoni empat orang saksi - seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Sapir, dan tiga lelaki: Yura Karol, Raz Cohen dan Shoam Gueta. Namun, semua saksi mata ini tidak mempunyai kredibiliti kerana dakwaan mereka tidak disokong dengan sebarang bukti forensik dan identiti mangsa yang dapat disahkan. Testimoni mereka juga didapati sering berubah-ubah.

Satu lagi sumber utama NYT ialah ZAKA, sebuah NGO mencari dan menyelamat (SAR) di Israel. NGO ini mempunyai kredibiliti yang sangat buruk. Sebagai NGO yang mempunyai akses ke atas tempat kejadian, ZAKA telah mengambil kesempatan menyebarkan banyak cerita-cerita palsu tentang serangan 7 Oktober seperti bayi dipenggal, bayi dipanggang di dalam oven, bayi digantung di ampaian, kanak-kanak dibakar, wanita hamil dikelar dan dikeluarkan janin dari perut untuk meraih simpati dan mengutip dana. Pengasas NGO ini pernah didakwa atas kesalahan jenayah seksual ke atas kanak-kanak dan wanita selama berdekad-dekad.

Madeleine Rees, Setiausaha Agung Women’s International League for Peace and Freedom, dalam wawancara dengan Unit Penyiasatan Al Jazeera (I-Unit) berkata: “Dalam mana-mana konflik, apabila kumpulan bersenjata berniat untuk melakukan keganasan, sukar untuk mengatakan tidak akan ada keganasan seksual. Tetapi setakat ini tiada sebarang tanda-tanda yang saya lihat menunjukkan ia berlaku secara meluas dan sistematik... Untuk mendakwa ia berlaku dengan meluas dan sistematik, perlu ada lebih banyak bukti daripada apa yang telah diketahui setakat ini dan lebih banyak bukti yang menyokong daripada apa yang ada di luar sana.”

Laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa Majlis Hak Asasi Manusia PBB bertarikh 10 Jun 2024 menyimpulkan bahawa: “Suruhanjaya telah menyemak keterangan yang diperoleh oleh wartawan dan polis Israel mengenai jenayah rogol tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan sedemikian secara bebas kerana kekurangan akses kepada mangsa, saksi dan tapak serangan selain halangan untuk melakukan siasatan oleh pihak berkuasa Israel… Pada waktu yang sama, Suruhanjaya mendapati beberapa dakwaan khusus adalah palsu, tidak tepat atau bercanggah dengan bukti atau kenyataan lain.”

“Suruhanjaya juga tidak menemui bukti yang boleh dipercayai bahawa militan (Hamas) menerima arahan untuk melakukan keganasan seksual dan oleh itu ia tidak dapat membuat kesimpulan berhubung dakwaan ini.”

Hamas menafikan tuduhan jahat ini sekeras-kerasnya. “Mustahil perbuatan terkutuk ini dilakukan oleh pejuang kami,” tegas Dr Bassem Naim, salah seorang Ahli Biro Politik Hamas.

FITNAH #4

FITNAH #4

HAMAS Jadikan Hospital Sebagai Pangkalan Tentera

Israel juga menuduh Hamas telah menjadikan hospital di Gaza sebagai pangkalan tentera. Tuduhan ini telah dijadikan alasan untuk Israel menyerbu dan menyerang hospital-hospital di Gaza; satu tindakan yang melanggar Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dan diklasifikasikan sebagai jenayah perang.

Salah sebuah hospital yang telah diserbu ialah Hospital Kanak-Kanak al-Rantisi. Hospital ini adalah satu-satunya hospital di Gaza yang mempunyai kemampuan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai penyakit kanser.

Dalam serbuan pada 13 November 2023, Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari mendakwa mereka menemui beberapa senapang AK-47, bom tangan, RPG dan jaket pengebom berani mati di bilik bawah tanah hospital tersebut dipercayai milik Hamas. Hagari juga mendakwa menemui tanda-tanda hospital itu telah digunakan sebagai lokasi untuk mengurung tawanan Israel.

Sebuah lagi hospital yang menjadi sasaran serbuan Israel ialah Hospital al-Shifa. Hospital ini merupakan hospital terbesar yang terdapat di Gaza. Ia boleh memuatkan sehingga 700 pesakit pada satu-satu masa. Ketika serbuan berlaku, dilaporkan lebih 40,000 orang rakyat Palestin sedang berlindung di sekitar hospital tersebut.

Dalam serbuan pada 15 November, Jurucakap Tentera Israel, Jonathan Conricus mendakwa mereka menemui 4 beg berisi kelengkapan tentera - AK47, peluru, bom tangan dan seragam tentera, di sebalik dua mesin MRI dan di atas dua rak berbeza serta sebuah beg berisi laptop di dalam sebuah bilik.

Penemuan-penemuan ini walau bagaimanapun langsung tidak menggambarkan kedua-dua hospital ini telah dijadikan pangkalan tentera oleh Hamas. Jumlah kelengkapan tentera yang ditemui sangat tidak signifikan. Infrastrukturnya juga tidak menggambarkan sebuah pangkalan tentera dan tiada penemuan bukaan terowong di mana-mana bahagian hospital.

Penemuan yang sepatutnya membantu Israel menjawab persoalan mengapa mereka mensasarkan hospital sebaliknya telah memakan diri mereka sendiri. Penemuan ‘jadual bertugas’ Hamas di Hospital al-Rantisi bertukar menjadi parodi kerana jadual tersebut sebenarnya hanyalah sebuah kalendar. Percanggahan maklumat yang terkandung di dalam video propaganda yang Israel terbitkan juga turut dipersoal oleh BBC, laman berita pro-Israel. Justeru, tidak hairanlah laman Morning Star di UK menyelar kegagalan tersebut sebagai ‘a new low in war propaganda’ (kegagalan propaganda yang amat memalukan).

Perang propaganda (hasbara) sudah lama menjadi senjata Israel ke atas rakyat Palestin dan demi melindungi dirinya daripada kecaman dan tindakan antarabangsa. Taktiknya adalah dengan menghapuskan nilai kemanusiaan rakyat Palestin (dehumanization) diikuti dengan membanjiri wacana awam dengan pelbagai tuduhan palsu, tidak berasas atau separa benar agar masyarakat tertumpu kepada tuduhan tersebut dan bukan kepada jenayah Israel ke atas rakyat Palestin.

Taktik ini nampaknya telah dibesarkan beberapa kali ganda pasca 7 Oktober. Serangan Hamas didakwa sangat kejam (barbaric) bahkan lebih kejam daripada ISIS. Serangan 7 Oktober juga didakwa serangan terburuk sejak tragedi Holocaust!

Bagi mengabsahkan dakwaan ini, fitnah dan berita palsu seperti disebutkan di atas telah dicipta dan disebarkan kerana serangan sedia ada tidak cukup kukuh untuk menghasilkan iklim politik yang mengizinkan bahkan menggalakkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Sesiapa yang mempersoalkan dakwaan Israel terhadap tragedi 7 Oktober dituduh anti-semitik (anti-Yahudi). Mereka yang membantah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza pula dituduh pembela kumpulan pengganas (Hamas).

Lambakan berita palsu terkait 7 Oktober telah melahirkan laman web seperti October 7 Fact Check untuk membantu orang ramai mengesahkan kesahihan berita yang disebarkan dan membasmi ‘propaganda kekejaman’ (atrocity propaganda) - penyebaran maklumat kekejaman yang sengaja direka atau dibesar-besarkan untuk memburukkan kumpulan atau negara yang bertentangan, mempengaruhi pendapat umum, dan mewajarkan tindakan ketenteraan atau politik.

Unit Penyiasatan Al Jazeera (I-Unit) juga telah menjalankan analisis forensik ke atas berita-berita serangan 7 Oktober untuk menilai kebenaran dan kepalsuannya. Analisis ini telah diterbitkan pada 20 Mac 2024 dalam bentuk dokumentari berdurasi 1 jam seperti yang dilampirkan.

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET