Kembali

Nasihat-nasihat daripada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang isu Syria

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Dec 10, 2024

Nasihat Penting daripada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang isu Syria

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Ali Qarahdaghi membahagikan nasihat beliau kepada tiga pihak: pejuang kemerdekaan, rakyat dan negara-negara Arab dan Islam.

Syeikh menasihati pejuang-pejuang kemerdekaan yang baru sahaja memerdekakan sebahagian besar tanah air Syria daripada pemerintahan kuku besi Basyar Asad agar bersatu padu dan tidak bercakaran sesama sendiri.

Syeikh juga menekankan bahawa pentingnya untuk kepimpinan utama berpegang kepada ajaran al-Quran dan mengamalkan sistem syura dan membuat keputusan secara beramai-ramai.

Ekoran itu, pihak-pihak pejuang kemerdekaan mesti berusaha untuk mengisi kekosongan kerajaan dengan kadar segera. Tidak kira sama ada kerajaan interim atau kerajaan sementara, kekosongan ini mesti diisi serta merta.

Individu-individu yang dilantik untuk mengemudi kerajaan baru Syria mestilah dalam kalangan mereka yang ikhlas, komited dan mahu membantu rakyat Syria.

Kerajaan baru Syria mestilah terbina atas prinsip untuk rakyat Syria bukannya untuk kepentingan peribadi.

Untuk rakyat Syria, Syeikh menasihati agar saling membantu antara satu sama lain. Kebangkitan yang tercetus dimulakan oleh rakyat mesti dibantu oleh rakyat sendiri.

Jagalah semangat kebangkitan ini dengan baik kerana para pejuang kemerdekaan mereka telah bersusah payah dan mengorban diri mereka sehingga capai ke tahap sekarang.

Termasuk dalam kalangan penduduk Syria ini ialah penduduk Kurdi dan seluruh rakyat Syria secara umum. Mereka semua mesti bekerjasama bagi memastikan semangat dan roh kebangkitan Syria menatijahkan masa hadapan yang lebih baik dengan nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan.

Untuk negara-negara Arab dan Islam, bantulah saudara-saudara sesama Islam di Syria dalam memastikan kesatuan mereka dan mewujudkan kerajaan baru Syria yang pada akhirnya untuk rakyat Syria yang telah dizalimi lebih daripada 14 tahun. Negara Syria berpontesi untuk menjadi sebuah negara hebat, kuat dan maju dalam pelbagai aspek. Tetapi ia memerlukan bantuan daripada umat Islam seluruhnya.

Kepada negara-negara yang tidak henti-henti membantu penduduk Syria sebelum seperti Turkey dan Qatar, Syeikh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka.

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Ali Qarahdaghi Diterjemahkan oleh Aqsa Syarif