Kembali

Operasi cemerlang di utara sehingga selatan Gaza, dianggarkan lebih 30 cedera atau terbunuh

Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Dec 2, 2024

Tiga hari yang gelap bagi rejim Zionis: Operasi cemerlang dari utara sehingga selatan

Tentera Zionis yang beroperasi di darat Gaza terus menunjukkan mereka sememangnya tidak mempunyai harapan dan kebolehan untuk meneruskan operasi. Tidak pelik apabila dilaporkan mereka yang berjaya keluar daripada Gaza dalam keadaan hidup pun, sebilangan besar dalam kalangan mereka alami kecederaan sama ada fizikal atau mental.

Pada 22 November lalu, Yadiot Ahronot melaporkan sekurang-kurangnya enam lagi anggota tentera yang telah berkhidmat dalam Lubnan dan Gaza bunuh diri dalam bulan lalu. Yadiot Ahronot melaporkan juga pihak kerajaan tidak mahu mendedahkan angka sebenar anggota yang telah melakukan percubaan bunuh diri dan yang telah pun membunuh diri. Logiknya anggota yang gugur dalam medan pertempuran pun tidak mahu diumumkan, mereka yang gugur disebabkan bunuh diri lebih-lebih lagi tidak akan didedahkan.

Seorang penganalisis ketenteraan, Yoav Zitun melaporkan, pihak kerajaan Zionis menerima 12,000 anggota tentera yang cedera dan cacat sejak bermula perang. Pada setahun lalu, setiap bulan dilaporkan 1000 anggota yang alami kecacatan. Beliau juga menyatakan berdasarkan data yang dimiliki oleh Jabatan Pemulihan, sekiranya perang tidak dihentikan, jumlah anggota yang cacat mungkin capai 20,000 anggota.

Operasi di Rafah: Lebih 10 orang anggota Zionis gugur

Pada 23 November lalu, pasukan pejuang berjaya melaksanakan sebuah operasi terdiri daripada pelbagai peringkat sehingga berjaya menggugurkan sekurang-kurangnya 10 anggota tentera. Operasi terbabit berlaku di menara Awadh, bandar Rafah, selatan Gaza.

Operasi bermula apabila pasukan pejuang di Rafah dengan menggunakan senjata Sniper al-Ghoul menyasarkan serangan ke atas empat orang anggota. Dua daripadanya dipastikan telah terbunuh. Ekoran itu, untuk menyelamat mangsa sasaran yang masih dalam keadaan hidup atau sebaliknya, pihak Zionis menghantar sebuah pasukan penyelamat dengan menaiki Kereta Kebal Merkava. Malang buat mereka, pasukan pejuang di lokasi berkenaan masih belum beredar. Kereta Kebal terbabit pula disasarkan serangan RPG Yasin 105 sehingga lumpuh dan rosak.

Seperti biasa mana-mana kenderaan yang telah rosak akibat serangan pejuang akan ditarik untuk daripada lokasi tempur. Oleh itu, pihak tentera Zionis menghantar Jentolak D9 untuk menarik Merkava yang disasarkan. Walaupun begitu, apabila jentolak berkenaan telah sampai ke lokasi, ia diserang oleh pihak pejuang dengan menggunakan RPG Yasin 105. Pihak pejuang di Rafah melaporkan mereka mendapati kedatangan helikopter Zionis untuk datang untuk mengambil mangsa-mangsa serangan.

Di timur Rafah pula pada keesokan harinya 24 November, pasukan pejuang di Rafah telah bertempur dengan pihak musuh di kawasan al-Jeninah. Antara operasi yang dilakukan pada lokasi ini ialah bertempur dengan jarak dekat bersama sebuah pasukan pejalan kaki tentera Zionis yang berjumlah 10 orang. Dilaporkan kesemua mereka dalam keadaan cedera atau terbunuh. Pada masa yang sama, pasukan pejuang yang lain di lokasi yang sama menyasarkan dengan menggunakan TBG al-Yasin anti-kubu terhadap sebuah bangunan yang didiami oleh beberapa anggota tentera.

Operasi di utara: Lebih 20 orang anggota Zionis gugur

Pada 25 November pula di Beit Lahiya, pasukan pejuang melaksana operasi gerila menyasarkan serangan terhadap 10 orang anggota Zionis yang sedang berada dalam kawasan perumahan dengan menggunakan raifal dan grenad. Kesemua dalam kalangan mereka  sama ada dalam keadaan tercedera dan terbunuh. Dalam masa yang sama mereka juga menyasarkan sebuah Merkava dengan menggunakan senjata RPG al-Yasin 105.

Ekoran itu di daerah al-Tuam operasi  gerila sama dijalankan ke atas 10 anggota tentera pejalan kaki Zionis. Berbezanya kali ini ialah mereka disasarkan dengan RPG al-Yasin 105. Kesemua dalam kalangan mereka dalam keadaan cedera atau terbunuh.

Hari ini, 2 Disember, didedahkan video operasi oleh pihak pejuang di Rafah pula. Nantikan daripada kami pendedahannya, pastikan anda terus mengikuti kami untuk perkongsian-perkongsian akan datang.

 Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin