Kembali
Rahsia Terbongkar! Rupanya Tebusan Berada Dekat Kubu Tentera Zionis di Netzarim, Tengah Gaza
Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Feb 10, 2025
![](https://framerusercontent.com/images/FLftmNByc9pmuI44JCjUJ5MS64.png)
Gambar di bawah menunjukkan kehancuran total bangunan-bangunan yang terletak dalam wilayah Netzarim (nama ini diambil daripada nama penempatan haram ketika penjajahan ke atas Gaza sehingga Ogos 2005).
![](https://framerusercontent.com/images/TlmOtiohbnUfui0OxnUomfMrlY.webp)
Wilayah terbabit mempunyai kepentingan ketenteraan dan politik bagi pihak Zionis sepanjang penguasaannya selama 15 bulan. Ini kerana Netzarim memisahkan antara utara dan tengah Semenanjung Gaza (rujuk peta di bawah).
![](https://framerusercontent.com/images/NRCTXDJuUVJiKhY8ZcEmBmTq5K4.jpg)
Ia mula dikuasai pada hari ke-10 selepas bermulanya pencerobohan darat ke atas Semenanjung Gaza. Dalam wilayah ini turut dibina empat kem tentera, infrastruktur ketenteraan, kemudahan elektrik dan air bagi membantu keberlangsungan anggota tentera terlibat. Lebar wilayah yang telah dikuasai ini sejauh empat KM dan panjangnya tujuh KM.
Rejim Zionis menghalang sesiapa yang dari utara ke selatan dan sebaliknya selepas wilayah Netzarim dikuasai sepenuhnya oleh tentera Zionis. Ramai dalam kalangan penduduk Gaza syahid kerana cuba untuk melepasi wilayah terbabit selama tempoh 15 bulan lalu. Sebaik sahaja rejim Zionis meninggalkan Netzarim semalam, dijumpai banyak tubuh badan para syuhada yang dibiarkan begitu sahaja di merata tempat.
Dari sudut kepentingan ketenteraan, penguasaan ke atas Netzarim adalah untuk meningkatkan tekanan penduduk Semenanjung Gaza supaya lebih terkepung dan menyekat laluan pihak pejuang. Selain itu, Rejim Zionis turut menjadikannya sebagai kubu tentera untuk melancarkan operasi ketenteraan ke utara Semenanjung Gaza.
Selain itu, dari sudut kepentingan politik pula, penguasaan Netzarim sebenarnya penjajahan pertama ke atas tanah Semenanjung Gaza. Ia melambangkan kekalahan pejuang-pejuang Gaza kerana gagal mempertahankan bumi mereka sekali gus menepati salah satu objektif yang diumumkan Net@nyahu dalam operasi ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza.
Hakikatnya, Netzarim bukanlah kawasan padat penduduk seperti wilayah-wilayah lain, maka ia mudah dikuasai.
Wilayah ini juga selama 15 bulan tidak pernah berhenti menerima serangan mortar, sniper dan pelbagai lagi bentuk daripada pihak pejuang. Wilayah Tal Hawa yang terletak paling hampir Netzarim telah diceroboh berkali-kali, rejim Zionis tetap gagal mengusainya kerana menerima kekalahan dan kerugian yang tinggi.
Lebih memalukan, tentera Zionis berkali-kali menjalankan operasi pencarian tebusan di utara Gaza dari kubu Netzarim, namun ternyata tebusan itu sebenarnya berada berdekatan kawasan Netzarim sendiri.
Kata Amit Segal, Wartawan dan personaliti radio Yahudi daripada saluran 12, “Dari rakaman yang tersebar, nampaknya mereka berada di kawasan Zaitun atau berhampiran Bandar Gaza, sebenarnya berdekatan dengan Koridor Netzarim," tambahnya. "Sukar untuk menjelaskan berapa kali tentera Zionis telah melakukan serbuan di sana.”
Semalam apabila berundurnya rejim Zionis daripada wilayah ini, dalam keadaan pihak pejuang masih kuat, tebusan tidak dapat dikembalikan dan penduduk Gaza pula ke utara, ia menunjukkan pihak yang rugi dan kalah sebenarnya ialah rejim Zionis kerana tidak mencapai apa-apa objektif strategi dan ketenteraan.
Kata Anas al-Syarif wartawan al-Jazeera keluar sahaja rejim Zionis daripada Nitzarim, “mereka pergi kita kekal di sini”.
Satu-satunya kawasan di Semenanjung Gaza yang masih dikuasai Zionis ialah Koridor Philadelphia, yang terletak di sempadan antara Mesir dan Gaza.
Kita akan menyaksikan sekali lagi pengunduran anggota tentera Zionis daripada sempadan ini pada hari ke-50 gencatan senjata.
Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif