Genosid Israel Di Gaza
Genosid Israel
Di Gaza
Teruskan Scroll
Teruskan Scroll
Operasi 7 Oktober oleh Hamas dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin telah dibalas oleh Israel dengan serangan besar-besaran ke atas Gaza. Serangan balas tersebut diberi nama ‘Operation Swords of Iron’ (Operasi Pedang-Pedang Besi).
Israel meletakkan dua objektif utama untuk operasi ini. Yang pertama untuk menghapuskan Hamas. Yang kedua untuk mengembalikan tawanan ke pangkuan keluarga mereka. Bagi merealisasikan matlamat ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah mengerahkan 300,000 orang tentera simpanan dan memohon bantuan ketenteraan bernilai $14.5 bilion daripada Amerika Syarikat.
Sebaik serangan balas bermula, Israel dilihat tidak hanya mensasarkan serangan ke atas Hamas tetapi ke atas seluruh penduduk awam di Gaza. Akibatnya dalam tempoh hanya dua bulan, serangan Israel dilaporkan antara serangan terburuk dalam sejarah peperangan mutakhir ini.
Serangan Israel didakwa telah mendatangkan kemusnahan yang lebih besar berbanding kemusnahan di Aleppo, Syria, di Mariupol, Ukraine bahkan di bandar-bandar utama di Jerman ketika Perang Dunia Kedua! Serangan Israel juga didakwa telah membunuh lebih ramai orang awam berbanding operasi ketenteraan CJTF-OIR, pakatan 30 negara menentang ISIS di Syria dan Iraq dalam tempoh 3 tahun!

Justeru, tidak hairanlah Mesir dalam satu kenyataan kepada Majlis Keselamatan PBB pada 8 Disember 2023 berkata: “Kematian orang awam (yang tinggi) mendedahkan pembohongan (Israel) bahawa perang ini mensasarkan kumpulan bersenjata (Hamas). Sebaliknya, ia adalah hukuman kolektif dan genosid terhadap rakyat Palestin!”
Dakwaan genosid terhadap serangan Israel di Gaza bukan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas dan berpaksikan kebencian ke atas orang-orang Yahudi semata-mata seperti yang didakwa oleh Israel dan penyokong-penyokongnya. Sebaliknya, ia bertepatan dengan takrifan genosid menurut Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948. Artikel 2 konvensyen tersebut mentakrifkan genosid sebagai:
“...mana-mana tindakan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama, seperti:
Membunuh ahli kumpulan tersebut;
Menyebabkan kecederaan fizikal atau mental yang serius;
Sengaja mewujudkan keadaan untuk menyebabkan kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian;
Mengenakan langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kumpulan tersebut;
Memindahkan anak-anak secara paksa dari kumpulan tersebut ke kumpulan yang lain.
Serangan Israel ke atas Gaza memenuhi 4 daripada 5 keadaan disebutkan di atas!
Bahagian ini seterusnya akan membentangkan bukti-bukti bagi mengesahkan dakwaan genosid ke atas Israel sesuai dengan takrifan yang telah digariskan di atas.
01
01
Membunuh Rakyat Palestin
Membunuh Rakyat Palestin
Setakat 7 Oktober 2024, iaitu selepas setahun serangan Israel ke atas Gaza, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 41,870 orang rakyat Palestin telah terkorban termasuk 16,891 orang kanak-kanak (40%) dan 11,458 orang wanita (27%). Jumlah ini tidak termasuk lebih 10,000 orang yang dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Jumlah kematian yang tinggi ini dicatatkan berikutan tindakan rejim Israel yang secara sedar dan sengaja mensasarkan penempatan awam dan kem-kem pelarian di Gaza yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Hampir separuh daripada bom yang Israel gunakan pula dilaporkan terdiri daripada ‘bom bodoh’ (dumb bomb); bom berat (900kg) dengan radius impak mencecah 800 m.
Sebagai contoh, Kem Jabalia di utara Gaza. Kem ini merupakan kem pelarian terbesar di Gaza yang menempatkan hampir 120,000 orang penduduk. Kem ini telah berkali-kali menjadi sasaran serangan Israel sejak Oktober 2023.
Serangan pada 9 Oktober menyebabkan lebih 60 orang terkorban. Serangan mensasarkan pasar besar di kem tersebut pada waktu puncak (10:30-11:30 pagi) menyebabkan ramai penduduk menjadi mangsa.
Serangan pada 12 Oktober menyebabkan 45 orang terkorban. 23 orang daripadanya adalah kanak-kanak. Serangan kali ini mensasarkan sebuah apartment yang turut menempatkan pelarian dari Beit Hanoun.
Serangan dua hari berturut-turut pada 31 Oktober dan 1 November menyebabkan 195 orang terkorban. Ini tidak termasuk sekurang-kurangnya 120 orang yang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan!

Tidak cukup dengan serangan udara, kem ini juga telah dikepung dan diserang secara besar-besaran hampir tiga minggu oleh tentera Israel dari 13-31 Mei 2024. Serangan telah menyebabkan 70% daripada kem ini musnah. Sebaik tentera Israel berundur, sekurang-kurangnya 70 mayat dijumpai bergelimpangan di kawasan kem tersebut!
Serangan ke atas penempatan awam tidak hanya berlaku di Jabalia bahkan di kesemua tujuh kem pelarian lain di Gaza serta kem-kem pelarian sementara di sekolah-sekolah UN dan di kawasan yang telah digazetkan sebagai zon selamat. Turut menjadi sasaran ialah rakyat palestin yang berkampung di dalam dan sekitar hospital-hospital di Gaza. Dengan kata lain, tiada tempat yang selamat dari serangan Israel di Gaza!

17 Oktober 2023, ‘Al-Ahli Hospital Massacre’: Serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Arabi di bandar Gaza menyebabkan 471 orang rakyat Palestin terkorban

18 Nov 2023, ‘Al-Fakhoura School Massacre’: Serangan Israel ke atas Sekolah Al-Fakhoura di Kem Jabalia, utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang rakyat Palestin terkorban.

25 Dis 2023, ‘Christmas Eve Massacre’: Serangan Israel ke atas Kem Maghazi di Deir Balah, wilayah tengah Gaza menyebabkan 86 orang rakyat Palestin terkorban. Antara yang terbunuh ialah seorang bayi berusia 2 minggu.

21 Jan-28 Februari 2024, ‘Nasser Hospital Massacre’: Kepungan dan serangan Israel ke atas Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza menyebabkan ratusan rakyat Palestin terkorban. Hospital ini telah dikepung dan diserang sekali lagi selama dua minggu (24 Mac-7 April). Selepas tentera Israel berundur, 3 kubur besar dengan 392 mayat telah ditemui di sekitar kawasan hospital.

18 Mac-1 April 2024, ‘Al-Shifa Hospital Massacre’: Kepungan dan serangan Israel ke atas Kompleks Hospital al-Shifa dan kawasan sekitarnya menyebabkan ratusan rakyat Palestin terkorban. 381 mayat ditemui di dalam dan sekitar Hospital al-Shifa selepas tentera Israel berundur. 3 kubur besar dengan 80 lagi mayat turut ditemui di sekitar hospital dalam minggu-minggu berikutnya.

26 Mei 2024, ‘The Tent Massacre’: Serangan Israel ke atas Kem Tel al-Sultan, Rafah menyebabkan kebakaran besar-besaran. 45 orang rakyat Palestin dilaporkan terkorban.

8 Jun 2024, ‘Nuseirat Massacre’: Serangan Israel ke atas Kem Nuseirat menyebabkan 274 orang rakyat Palestin terkorban. Serangan dilakukan untuk melindungi operasi menyelamatkan 4 orang tawanan di kawasan tersebut.

13 Julai 2024, ‘Al-Mawasi Massacre’: Serangan Israel ke atas Kem al-Mawasi, Khan Younis menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang terkorban. Kem ini telah digazet sebagai zon selamat tetapi ia tetap diserang.

10 Ogos 2024, ‘At-Tabi’en School Massacre’: Serangan Israel ke atas Sekolah at-Tabi’en di Bandar Gaza menyebabkan lebih 100 orang terkorban. Serangan berlaku ketika penduduk sedang mendirikan solat Subuh.

10 September 2024, ‘Jaouni School Massacre’: Serangan Israel ke atas Sekolah al-Jaouni di Kem Nuseirat, wilayah tengah Gaza menyebabkan 18 orang terkorban termasuk 6 orang petugas UNRWA.

Tidak cukup dengan itu, tentera Israel juga dalam banyak insiden telah membunuh rakyat Palestin yang bergerak sama ada untuk mencari tempat perlindungan, mencari ahli keluarga mereka atau pun mendapatkan bantuan sambil mengangkat bendera atau kain berwarna putih sebagai isyarat bahawa mereka adalah orang awam, tidak membawa senjata dan tidak mendatangkan sebarang ancaman.
Tentera Israel bahkan dilapor telah melakukan ‘summary execution’ ke atas penduduk Gaza. Mereka menyerbu rumah-rumah dan kem-kem pelarian sementara, mengumpul dan menahan semua lelaki dewasa, menelanjangkan mereka, memukul dan menyiksa mereka sebelum menembak dan membunuh mereka.
Siasatan +972 Magazine dan Local Call, media bebas dari Israel mendakwa tentera Israel telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menentukan siapakah yang perlu dibunuh. Sistem Lavender yang digunakan telah mengesan 37,000 rakyat Palestin yang didakwa mempunyai kaitan dengan Hamas untuk dijadikan bank sasaran.
Sasaran akan dibunuh ketika mereka berada di rumah untuk menghukum sesiapa sahaja yang berada dalam lingkungan mereka. Untuk setiap sasaran, tentera Israel dibenarkan untuk membunuh sehingga 15 orang awam yang lain sebagai kolateral; lebih lagi sekiranya sasaran mempunyai pangkat yang lebih tinggi. Sebab itulah kita melihat jumlah kematian orang awam begitu tinggi.

12 November 2023: Tentera Israel menembak mati Hala Khreis, 57 tahun, di Bandar Gaza ketika beliau memimpin ahli keluarga dan jiran tetangganya mencari tempat selamat sambil mengangkat bendera putih.

23 Januari 2024: Tentera Israel menembak mati Ramzi Abu Sahloul, 51 tahun di al-Mawasi, Khan Younis. Beliau dalam perjalanan kembali ke rumah untuk menyelamatkan adiknya yang masih terperangkap sambil mengangkat bendera putih.

29 Januari 2024: Tentera Israel membunuh Hind Rajab, 6 tahun dan lima orang lagi saudaranya ketika dalam perjalanan menyelamatkan diri dari Bandar Gaza dengan menaiki kereta. Rakaman perbualan akhir antara dan Hind dan petugas Bulan Sabit Merah Palestin tular selepas mayat Hind dan semua saudaranya ditemui 12 hari kemudian.

29 Februari 2024, ‘The Flour Massacre’: Serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang berkumpul untuk mendapatkan bekalan tepung berhampiran Bulatan Nabulsi, Jalan al-Rashid di barat daya Bandar Gaza. 118 orang dilaporkan terkorban.

13 Disember 2023: Tentera Israel menyerbu Sekolah Shadia Abu Ghazala di utara Gaza dan menembak mati 15 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi yang sedang berlindung di dalam bilik darjah.

19 Disember 2023: Tentera Israel menyerbu sebuah pangsapuri di Bandar Gaza, mengumpulkan semua lelaki yang ada dan membunuh 19 orang daripada mereka.

Februari 2024: Rakaman tentera Israel mengekori sebelum membunuh 4 orang lelaki Palestin menggunakan dron. Pembunuhan didedahkan selepas dron tersebut berjaya ditembak jatuh di Khan Younis.

Mac 2024: Rakaman tentera Israel membunuh dua orang lelaki Palestin sebelum mengambus mayat kedua-duanya menggunakan jentolak!

02
02
Menyebabkan Kecederaan Fizikal Dan
Mental Yang Serius
Menyebabkan Kecederaan Fizikal Dan
Mental Yang Serius
Menyebabkan Kecederaan Fizikal
DanMental Yang Serius
Dalam tempoh setahun, hampir 100,000 orang penduduk Gaza dilaporkan cedera akibat serangan Israel. Daripada jumlah ini, 22,500 orang memerlukan rawatan sepanjang hayat akibat kecederaan serius pada otak atau saraf tunjang, luka melecur yang besar, dan kehilangan anggota badan.
Pengeboman besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Zionis itu juga telah meninggalkan trauma yang besar ke atas penduduk Gaza khususnya kanak-kanak. Lebih-lebih lagi serangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Serangan pada waktu malam ketika ramai yang sedang tidur adalah yang paling dahsyat dan mengerikan.

Sebelum perang tercetus, Save The Children melaporkan 80% kanak-kanak di Gaza mengalami tekanan perasaan, 79% mengalami masalah kencing malam dan 59% mengalami masalah mutisme reaktif (bisu akibat trauma). Serangan yang berlaku telah memburukkan lagi keadaan.
Mana tidaknya, kanak-kanak ini melihat sendiri bagaimana ibu, ayah, adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan mereka terkorban di hadapan mata. Ada yang menyaksikan bagaimana tubuh orang yang mereka sayang hancur berkecai dibom rejim Israel. Tak kurang juga mereka sendiri yang menjadi mangsa serangan dan terperangkap di bawah runtuhan berjam-jam lamanya sebelum diselamatkan.

Serangan yang berlaku telah menyebabkan sekurang-kurangnya 17,000 orang kanak-kanak berdepan trauma kehilangan ibu atau ayah. Sebahagian kehilangan kedua-dua ibu dan ayah, adik-beradik dan seluruh ahli keluarga yang lain sehingga mencetuskan istilah ‘wounded child, no surviving families’ (WCNSF); kanak-kanak cedera yang tinggal sebatang kara.
Seawal minggu pertama serangan, tentera Israel telah mengarahkan lebih 1.1 juta penduduk di utara Gaza untuk berundur ke selatan dalam tempoh 24 jam. Arahan tersebut telah menerima kecaman Jurucakap PBB, Stephane Dujarric yang menyifatkan ia sebagai ‘tidak masuk akal’ dan hanya akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Badan Kesihatan Sedunia (WHO) menyelar arahan tersebut sebagai ‘hukuman mati’ kepada para pesakit di hospital.
Arahan perpindahan ini diikuti dengan siri-siri arahan seterusnya yang memaksa penduduk Gaza berpindah-randah dari semasa ke semasa. Tentera Israel bahkan telah membahagikan Gaza kepada 2,375 zon dan dari semasa ke semasa akan mengeluarkan arahan kepada penduduk Gaza agar berpindah daripada satu zon ke zon yang lain. Keadaan ini telah menyebabkan tekanan mental yang besar kepada penduduk Gaza.

Penduduk Gaza yang enggan berpindah akan ditangkap, ditelanjangkan, ditutup mata, sebelum dibawa naik ke atas trak dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. Mereka yang ditangkap termasuklah wartawan, petugas UNRWA, doktor dan petugas kesihatan yang enggan meninggalkan hospital tempat mereka berkhidmat.
Shawan Jabarin, Pengarah Pertubuhan Al-Haq "terkejut" melihat imej tangkapan yang tular. Beliau berkata imej tersebut mengingatkannya kepada layanan terhadap tahanan semasa Perang Dunia Kedua.
"Ini tidak berperikemanusiaan. Ia adalah satu bentuk penyiksaan bahkan lebih daripada itu. Ia adalah jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan," jelas beliau.

Ahmed Bedier, Presiden United Voices for America berkata: “Ini adalah perang psikologi untuk mengaibkan rakyat Gaza dan mematahkan semangat mereka.”
Dalam kenyataan kepada Perhimpunan Agung PBB sempena setahun genosid di Gaza, wakil Palestin PBB melaporkan lebih 11,000 rakyat Palestin telah ditahan sejak Oktober 2023. Mereka berdepan layanan yang ganas dan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel ketika di dalam penjara termasuk penyiksaan mental, fizikal dan rogol.

03
03
Memusnahkan Kehidupan Rakyat Palestin
Memusnahkan Kehidupan Rakyat Palestin
Memusnahkan Kehidupan
Rakyat Palestin
Seawal minggu pertama serangan, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah mengumumkan sekatan penuh ke atas Gaza dengan memotong sumber air, makanan, elektrik, dan bahan api daripada masuk ke wilayah itu. Menteri Tenaga Israel, Israel Katz turut berikrar “tiada suis elektrik akan dihidupkan, tiada pili air akan dibuka, dan tiada trak bahan api akan dibenarkan masuk sehingga semua tawanan dibebaskan.” Israel dapat melakukan semua ini kerana ia yang mengawal laluan keluar masuk ke Gaza.

Tindakan ini telah mendapat kecaman PBB dan badan hak asasi manusia kerana ia adalah satu bentuk ‘hukuman kolektif’ ke atas penduduk awam di Gaza dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa mengklasifikasikan hukuman kolektif sebagai jenayah perang.
Sekatan ini telah mencetuskan malapetaka kedua ke atas penduduk Gaza. Selain merencatkan aktiviti harian, sekatan telah menyebabkan penduduk Gaza berdepan risiko kebuluran dan penularan penyakit berjangkit serta mengancam operasi hospital dan nyawa para pesakit. Risiko ini begitu besar sehingga Badan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran lebih ramai orang akan mati akibat kebuluran dan penyakit berjangkit berbanding pengeboman di Gaza sekiranya sekatan tidak dihentikan. Human Rights Watch (HRW) mendakwa Israel telah menggunakan kebuluran sebagai senjata dalam operasi ketenteraannya di Gaza.

Laporan Pusat Satelit PBB (UNOSAT) menunjukkan setakat September 2024 serangan Israel telah menyebabkan kemusnahan ke atas 163,778 struktur di Gaza atau 66% daripada keseluruhan bangunan di wilayah itu. Ini termasuklah apartment, kompleks kerajaan, bangunan komersial, sekolah, universiti, klinik, hospital, masjid, gereja, stadium, tempat rekreasi, perpustakaan, muzium dan monumen-monumen bersejarah.
Turut musnah dalam serangan Israel ialah:
68% kawasan pertanian
700 telaga air
330 km sistem perpaipan
655 km sistem saliran dan kumbahan
3,130 km rangkaian elektrik
2,835 km rangkaian jalan raya

Kemusnahan besar-besaran ini telah meruntuhkan kehidupan seluruh penduduk Gaza. 2 juta hilang tempat tinggal dan terpaksa mencari perlindungan di rumah saudara-mara, bangunan awam, sekolah, khemah, rumah hijau atau di bawah kain terpal. Ibu bapa hilang pekerjaan menyebabkan keluarga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan. Kanak-kanak tidak dapat bersekolah dan tidak lagi bebas untuk bermain di luar dengan selamat. Pesakit kronik, golongan kurang upaya, warga emas dan ibu mengandung sukar mendapatkan rawatan yang sewajarnya selepas banyak klinik dan hospital musnah dalam serangan rejim Israel.
PBB menganggarkan kemusnahan yang berlaku telah meninggalkan 42 juta tan serpihan runtuhan di Gaza. Jumlah ini jika dihimpunkan menyamai saiz 11 buah piramid Giza di Mesir. Membersihkannya dianggarkan boleh mengambil masa sehingga 15 tahun (sekiranya sekatan masih berterusan) dan menelan belanja sehingga $650 juta.
The Shelter Cluster menganggarkan 40 tahun diperlukan untuk membina semula semua rumah yang telah musnah di Gaza. Ini sekiranya Israel masih mengekalkan sistem sekatan sama yang ia kenakan ke atas bahan-bahan binaan yang ingin dibawa masuk ke Gaza sebelum perang tercetus.
UNCTAD pula menganggarkan ekonomi Gaza hanya mampu kembali ke paras tahun 2022 (ie. sebelum perang) pada tahun 2050. Itu pun sekiranya tiada perang baru yang berlaku, sekatan diangkat, dan Gaza mampu mencatatkan pertumbuhan 10% setiap tahun. Jika status-quo kekal, ekonomi Gaza memerlukan 350 tahun untuk kembali pulih ke paras tahun 2022.

04
04
Mengenakan Langkah-langkah Untuk Mencegah Kelahiran di Gaza

Mengenakan Langkah-langkah
Untuk Mencegah Kelahiran
di Gaza
Serangan rejim Israel mengancam nyawa ibu-ibu dan bayi di Gaza. Lebih 11,000 wanita dan 16,000 kanak-kanak telah terkorban dalam serangan Israel. Sebahagian daripada mereka adalah para ibu dan bayi-bayi yang baru lahir.
UNICEF menganggarkan terdapat 50,000 orang wanita mengandung di Gaza dengan kadar kelahiran 180 orang sehari. 15% daripada kelahiran ini cenderung untuk mengalami komplikasi dan memerlukan rawatan dan pemantauan di hospital. Pada waktu yang sama sekurang-kurangnya 130 bayi pramatang turut memerlukan penjagaan rapi di hospital.

Serangan Israel ke atas fasiliti-fasiliti kesihatan telah menyukarkan para ibu dan bayi yang lahir untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Perang yang berlaku telah menyebabkan ada ibu-ibu di Gaza terpaksa melahirkan anak di rumah atau di khemah-khemah pelarian yang kotor dan sesak sekaligus meningkatkan risiko jangkitan dan komplikasi kepada ibu dan bayi.
Sekatan Israel ke atas kemasukan ubatan-ubatan telah menyebabkan ada ibu yang terpaksa melalui pembedahan caesarean tanpa sebarang ubat bius dan ubat tahan sakit. Kekurangan bekalan darah juga telah memaksa doktor di Gaza melakukan pembedahan histerektomi (buang rahim) untuk menyelamatkan nyawa ibu yang mengalami masalah pendarahan selepas bersalin menyebabkan mereka tidak lagi dapat melahirkan anak di masa hadapan.
Seawal 3 November 2023, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah pun mengeluarkan amaran bahawa kematian ibu dan bayi dijangka meningkat ekoran kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan yang mencukupi akibat sekatan yang berlaku. Ini termasuk peningkatan kes keguguran akibat tekanan, kelahiran mati (stillbirth) dan kelahiran pramatang.
Oxfam melaporkan kelahiran pramatang di Gaza telah meningkat antara 25-30 peratus akibat tekanan dan trauma yang dihadapi ibu yang hamil seperti berjalan jauh untuk mencari perlindungan, melarikan diri dari bom dan bersesak-sesak di tempat perlindungan yang kotor dan tiada bekalan nutrisi yang mencukupi untuk ibu mengandung. Oxfam juga melaporkan peningkatan dua kali ganda kes plasenta pecah di wilayah utara Gaza.
Serangan dan sekatan Israel ke atas Gaza juga meningkatkan kes kematian bayi akibat penyakit yang sebenarnya boleh dirawat seperti cirit-birit dan hipotermia. Kekurangan peralatan dan sumber elektrik juga telah menyebabkan bayi-bayi pramatang tidak dapat diberikan rawatan yang sewajarnya.

Tidak cukup dengan itu, Israel juga mengancam nyawa bayi di Gaza secara langsung. Dalam satu serbuan tentera Israel ke atas Hospital Kanak-kanak an-Nasr di Bandar Gaza pada November 2023, 5 orang bayi pramatang dilaporkan terbunuh selepas petugas kesihatan diusir keluar dan tidak dibenarkan merawat mereka. Mayat bayi-bayi ini hanya ditemui selepas tentera Israel berundur dari hospital tersebut.
Sama seperti penduduk Gaza yang lain, bayi-bayi yang lahir terpaksa berdepan dengan risiko kelaparan dan dijangkiti penyakit berjangkit. Dehidrasi menyebabkan ibu-ibu tidak dapat menyusukan anak dan terpaksa bergantung kepada susu formula yang amat sukar didapati. Jika ada sekalipun, kesukaran mendapatkan bekalan air bersih menyebabkan para ibu terpaksa membancuh susu dengan air tidak terawat yang boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada bayi.

Wakil PBB, Reem Alsalem dalam satu kenyataan pada 20 November 2023 memberi amaran bahawa keganasan reproduktif yang dilakukan oleh Israel ke atas wanita Palestin, bayi, dan kanak-kanak boleh diklasifikasikan sebagai pencabulan hak asasi manusia di bawah Artikel 6 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan sebagai jenayah pembunuhan beramai-ramai di bawah Artikel 2 Konvensyen Pencegahan Genosid, beberapa artikel Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita dan Perkara 6 Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di bawah “langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kumpulan.”

05
05
Niat Untuk Menghapuskan Rakyat Palestin
Niat Untuk Menghapuskan Rakyat Palestin
Memusnahkan Kehidupan
Rakyat Palestin
Satu perkara yang sering diperdebatkan oleh penyokong Israel yang menolak dakwaan genosid ke atas serangan rejim itu di Gaza ialah kewujudan ‘niat’ yang jelas untuk menghapuskan rakyat Palestin. Niat lebih sukar untuk dibuktikan berbanding perbuatan yang boleh dilihat kesannya di depan mata. Banyak dakwaan genosid yang dilemparkan sebelum ini gagal kerana tidak dapat membuktikan elemen ‘niat’.
Namun, serangan rejim Israel ke atas Gaza pada hari ini sangat berbeza. Serangan ini turut diiringi dengan ucapan, seruan dan retorik yang secara jelas menyeru kepada genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza. Niat ini bukan sahaja diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Israel bahkan oleh tentera yang melaksanakan operasi di lapangan. Dengan kata lain, seruan genosid pemimpin-pemimpin tertinggi Israel telah disahut dan diterjemahkan oleh tentera-tentera mereka di Gaza.
Berikut adalah sebahagian daripada contoh ucapan-ucapan yang jelas menunjukkan Israel bukan sahaja mahu menghapuskan Hamas tetapi mahu menghapuskan seluruh rakyat Palestin di Gaza.

“Seluruh rakyat (Gaza) di luar sana bertanggungjawab. Tidak benar retorik tentang orang awam tidak sedar dan tidak terlibat. Ia sama sekali tidak benar.… Kami akan berperang sehingga kami mematahkan tulang belakang mereka.” - Presiden Israel, Isaac Herzog, 12 Oktober 2023

“Kamu harus ingat apa yang Amalek telah lakukan kepada kamu, kata Kitab Suci kami. Dan kami ingat.” - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, 28 Oktober 2023
Netanyahu merujuk kepada ayat daripada Torah, 1 Samuel 15:3 yang berbunyi: “Sekarang pergi, serang Amalek, dan hapuskan segala miliknya. Jangan tinggalkan seorang pun. Bunuhlah baik lelaki dan perempuan, bayi dan anak-anak yang menyusu, lembu dan biri-biri, unta dan keledai.”

“Kami akan kenakan kepungan penuh ke atas Gaza. Tiada elektrik, tiada makanan, tiada air, tiada bahan api. Semua disekat. Kami sedang memerangi haiwan manusia dan kami akan bertindak sewajarnya.” - Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, 9 Oktober 2023
“Mereka semua pengganas dan mereka semua perlu dihapuskan.” - Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir, 10 November 2023
“Dalam peperangan kita perlu menjadi kejam. Kita perlu berikan pukulan yang tidak pernah dilihat dalam 50 tahun dan hancurkan Gaza.” - Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, 8 Oktober 2023

Dalam satu wawancara radio pada 5 November 2023, Menteri Hal Ehwal dan Warisan Baitulmaqdis Israel, Amichai Eliyahu ditanya sama ada serangan nuklear ke atas Gaza adalah satu pilihan. Beliau menjawab: "Ia satu pilihan."
"Kita sedang mengulangi Nakba di Gaza." - Menteri Pertanian Israel, Avi Dichter, 11 November 2023
“Kita mempunyai satu matlamat - menghapuskan Gaza dari muka bumi.” - Timbalan Speaker Knesset, Nissim Vaturi, 7 Oktober 2023

“Israel perlu memberi tekanan yang besar ke atas Gaza, sehingga Gaza akan menjadi kawasan di mana orang ramai tidak boleh hidup. Mereka tidak boleh hidup sehingga Hamas dimusnahkan. Maksudnya Israel tidak sekadar berhenti untuk membekalkan tenaga, diesel, air, makanan…seperti yang telah kita lakukan sejak 20 tahun yang lalu…tetapi kita harus menghalang sebarang bantuan masuk dan mewujudkan keadaan yang mengerikan, yang tidak dapat ditanggung di Gaza.” - Major General Giora Eiland, 12 Oktober 2023

Video tentera Israel menari sambil menyanyikan lagu: “Semoga kampung mereka terbakar, Semoga Gaza terhapus.” - 5 Disember 2023

Video tentera Israel menari dan menyanyi lagu yang mengandungi lirik seperti: “kami datang untuk merampas Gaza, untuk menghapuskan benih Amalek, kami tahu moto kami, tidak ada orang awam yang tidak terlibat.” - 7 Disember 2023

Justeru, tidak hairan Craig Mokhiber, Bekas Pengarah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB di New York tidak teragak-agak untuk menyelar serangan Israel ke atas Gaza sebagai “textbook genocide.”

Ketika ini Afrika Selatan telah pun berjaya memfailkan dakwaan genosid ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Negara itu juga berjaya dalam permohonannya supaya mahkamah mengeluarkan arahan ke atas Israel supaya mengambil beberapa langkah sementara untuk mengelak genosid daripada berterusan. Walaupun arahan tersebut nampaknya seperti tidak diendahkan oleh Israel, kegagalan Israel mematuhi arahan ini hampir pasti akan mengukuhkan lagi kes Afrika Selatan ke atas rejim itu.
Setakat 9 Oktober 2024, 14 buah negara telah pun mengesahkan akan menyertai dan membantu dakwaan Afrika Selatan ke atas Israel di ICJ. Antaranya termasuklah beberapa negara Eropah seperti Belgium, Ireland dan Sepanyol serta negara-negara Amerika Latin seperti Nicaragua, Colombia, Cuba, Mexico, Chile, dan Bolivia.
Kes ini akan berlangsung untuk satu tempoh yang panjang. Namun, tak mustahil kes ini akan menjadi titik-tolak kepada pelaksanaan hukuman ke atas Israel atas jenayah kemanusiaan yang ia telah lakukan ke atas rakyat Palestin sejak berdekad-dekad lamanya.

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET