Inspirasi Dari Gaza

Inspirasi

Dari Gaza

Teruskan Scroll

Teruskan Scroll

Berikut adalah kompilasi video-video yang menyerlahkan kesabaran, keteguhan, keberanian dan ketinggian akhlak rakyat Palestin di Gaza. Video-video ini telah memberikan inspirasi kepada banyak pihak untuk bersama menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut pembebasan daripada penjajahan Israel.

Jika anda belum pernah menonton video-video ini, jemput kongsi dan tularkan agar lebih ramai mendapat inspirasi dan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Keberanian dan kesediaan untuk berkorban

Keberanian dan kesediaan

untuk berkorban

Seorang doktor wanita Palestin, Dr Amira Al-Asooli, mempertaruhkan nyawanya untuk membantu seorang lelaki yang cedera akibat tembakan tentera Israel di luar Hospital Nasser, Khan Younis, selatan Gaza. Lelaki tersebut berjaya dibawa masuk ke hospital untuk menerima rawatan.

Kisah Sami Shehadeh, seorang wartawan kepada media Turki, TRT yang tetap meneruskan tugasnya selepas kehilangan sebelah kaki akibat serangan Israel ketika membuat liputan di kem pelarian al-Nuseirat.

"Kami tidak akan mengambil tindakan yang akan membunuh pesakit kami!"

Pengerusi Lembaga Pengarah Hospital Kuwait di Rafah, Dr Suhaib al-Hams, memaklumkan bahawa kakitangan beliau tidak akan menuruti arahan Israel supaya meninggalkan hospital tersebut.

Ucapan Wael al-Dahdouh, Ketua biro Gaza Al Jazeera selepas pengebumian anak sulungnya, Hamza al-Dahdouh di Rafah. Hamza yang juga bekerja sebagai wartawan Al Jazeera, terbunuh bersama seorang lagi wartawan, Mustafa Tharaya dalam serangan Israel di selatan Gaza.

"Darah anak-anak saya tidaklah lebih berharga daripada darah rakyat Palestin yang lain."

Ucapan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh kepada Al Jazeera selepas tiga orang anak lelaki dan cucunya terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.

“Kami bersedia tidur di bawah pokok. Kami tak takut!”

Seorang nenek berusia 80 tahun di kem pelarian Jabalia di utara Gaza berkata serangan Israel yang memusnahkan rumahnya tidak akan dapat mengusir dirinya keluar dari tanah Palestin.

"Aku berbangga berasal dari Gaza!"

Seorang warga emas Palestin menyatakan kebanggaannya menjadi sebahagian daripada penduduk Gaza yang berani berdepan dengan Israel dan kuasa-kuasa besar dunia.

Daya cipta dan inovasi

Daya cipta dan inovasi

Inas al-Ghoul, seorang jurutera pertanian di Gaza berjaya membangunkan peranti pegun solar yang dapat membersih dan menyahgaramkan air. Jika dapat diperluaskan, ciptaan beliau mampu mengatasi krisis bekalan air bersih di Gaza.

Baraa al-Hajj , seorang pemuda Palestin di Kem Pelarian Nuseirat mengitar semula bahagian daripada panel-panel yang telah rosak untuk mencipta satu panel solar yang berfungsi. Panel solar kini menjadi sumber utama elektrik di Gaza selepas Israel menyekat kemasukan diesel untuk stesen janakuasa elektrik di Gaza.

Salah Helmy, ahli terapi dari Gaza menggunakan paip plastik, kayu, kapas dan gam untuk menghasilkan anggota prostetik sementara untuk mereka yang kehilangan anggota badan akibat serangan Israel di Gaza.

Sebuah bengkel jahitan di Rafah telah ditukar menjadi kilang lampin untuk menampung kekurangan bekalan lampin bayi akibat serangan dan sekatan berterusan Israel ke atas Gaza. Lampin ini dihasilkan dengan menggunakan kapas perubatan, kain kasa, dan kot makmal.

Pasukan Pertahanan Awam di Gaza membakar plastik untuk menghasilkan bahan api untuk keperluan operasi mereka. Ketiadaan bahan api telah menyebabkan banyak operasi menyelamat tergendala.

Rakyat Palestin menggunakan minyak masak untuk mengisi tangki kereta mereka selepas sekatan Israel menyebabkan bekalan bahan api amat sukar didapati.

Sabre Dawas, seorang pemuda Palestin dari utara Gaza menghasilkan selipar untuk kanak-kanak daripada kayu dan fabrik terpakai selepas sekatan Israel menyebabkan bahan-bahan untuk menghasilkan kasut amat sukar didapati.

Majdi Aziz, seorang seorang tukang jahit di Gaza menghasilkan khemah yang diperbuat daripada guni makanan haiwan. Bekalan khemah amat-amat diperlukan di Gaza selepas penduduk dipaksa berpindah berkali-kali oleh rejim Israel.

Iltizam untuk meneruskan kehidupan

Iltizam untuk

meneruskan kehidupan

Heba al-Hallaq membuka semula restorannya di Khan Younis walaupun perang masih berterusan di Gaza. Beliau mahu menunjukkan contoh yang positif kepada orang ramai bagaimana untuk berdepan situasi yang mencabar ini dan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk bangkit semula.

Sojood al-Harazin, seorang gadis Palestin berusia 17 tahun, menjual kopi dan teh untuk menyara keluarganya supaya mereka tidak perlu meminta wang dan bergantung harap kepada orang lain. Abang Sojood, Abdallah, telah ditahan oleh Israel sejak Februari manakala bapanya berada di utara untuk meneruskan tugasnya sebagai paramedik.

Abdullah Ramadan, seorang pendandan dan tukang gunting rambut, membuka semula kedai gunting rambutnya di Kem Bureij di Gaza dengan sokongan dan bantuan rakan-rakannya.

Dema, 9 tahun, menjual aksesori yang dihasilkan oleh kakaknya sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga mereka, di tengah-tengah genosid Israel di Gaza.

Jihad, 8 tahun, mengumpul dan menjual 'swiss chard' untuk menyara bapa dan adik-beradiknya. Beliau mempertaruhkan nyawanya setiap hari dengan menuai sayuran tersebut berhampiran dengan kedudukan tentera Israel.

Shayma, Doaa dan Malik - tiga beradik berkongsi kehidupan mereka di khemah pelarian. Mereka berkata satu-satunya cara mereka dapat bertahan daripada serangan Israel ke atas Gaza ialah dengan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berkongsi impiannya untuk menjadi pakar bedah saraf. Walaupun serangan Israel telah menyebabkan kemusnahan besar di wilayah itu, beliau tetap positif keadaan akan kembali seperti sebelum perang.

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET