Kesan Terhadap Israel
Kesan
Terhadap Israel
Teruskan Scroll
Teruskan Scroll
Operasi 7 Oktober telah membuka kotak Pandora yang ditakuti oleh Israel dan sekutu rejim itu selama ini. Selain mendedahkan kerakusan Israel dan menyuarakan hasrat rakyat Palestin untuk merdeka daripada penjajahan rejim tersebut, operasi ini juga telah berjaya mencabar kekebalan Israel daripada pelbagai sudut.
Berikut adalah kesan-kesan operasi ini terhadap Israel dari sudut politik, ekonomi, sosial, ketenteraan, undang-undang, hubungan antarabangsa serta pandangan umum.
01
01
Politik
Politik
Operasi 7 Oktober telah mencabar keutuhan sistem politik di Israel yang dilanda krisis sejak kebelakangan ini. Kerajaan Israel yang ada pada hari ini terbentuk selepas Israel melalui lima kali pilihan raya dalam tempoh 4 tahun. Kerajaan hanya berjaya dibentuk selepas Netanyahu terpaksa menelan ludah sendiri dan membina pakatan dengan parti ekstrem kanan yang beliau malu untuk dilihat bersama sebelum ini - Religious Zionist dan Otzma Yehudit.
Parti ekstrem kanan ini, terutamanya Otzma Yehudit, ternyata telah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Netanyahu sepanjang operasi ketenteraan Israel di Gaza. Mereka menuntut Netanyahu mengambil tindakan-tindakan yang ekstrem ke atas Gaza tanpa benar-benar memikirkan kesannya terhadap ekonomi, ketenteraan dan hubungan Israel di peringkat antarabangsa. Jika tidak mereka akan menarik sokongan daripada kerajaan.
Untuk mengimbangi suara ekstrem mereka, Netanyahu terpaksa memujuk seteru politiknya, Benny Gantz dan partinya, National Unity untuk menyertai kerajaan dan membentuk Kerajaan Perpaduan. Gantz telah ditawarkan salah satu kerusi dalam kabinet perang Israel untuk menguatkan kepentingan penyertaan beliau. Penyertaan Gantz dan partinya yang memiliki 8 kerusi menyebabkan Otzma Yehudit yang memiliki 6 kerusi tidak lagi bebas memeras ugut Netanyahu dengan kerusi yang mereka miliki.
Penyertaan Gantz ke dalam kerajaan walau bagaimanapun tidak bertahan lama selepas Netanyahu menolak beberapa syor Gantz tentang pengurusan perang di Gaza. Antaranya termasuklah melakukan siasatan ke atas kegagalan pada 7 Oktober, meluaskan khidmat ketenteraan kepada golongan ultra-ortodoks dan melaksanakan gencatan senjata untuk membebaskan tawanan.
Pertembungan dengan Gantz telah menyebabkan populariti Netanyahu merosot dengan mendadak. Tinjauan oleh akbar Maariv di Israel pada Mac 2024 menunjukkan 45% rakyat menyokong Gantz sebagai Perdana Menteri berbanding Netanyahu 38%.

Tinjauan juga menunjukkan parti Netanyahu hanya akan menang 19 kerusi sekiranya berlaku pilihan raya; merosot teruk daripada 32 kerusi yang ia miliki ketika ini. Gabungan parti-parti yang menyokong Netanyahu pula dijangka hanya mampu memenangi 46 kerusi sahaja sekaligus tidak akan dapat membentuk kerajaan. Sekurang-kurangnya 61 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Israel.
Sebab itulah Gantz galak mendesak supaya Netanyahu membubarkan kerajaan dan melaksanakan pilihan raya. Netanyahu menolak desakan tersebut dan terus melayani tuntutan parti ekstrem kanan untuk meneruskan perang di Gaza walau berapapun harga yang terpaksa dibayar.

02
02
Ekonomi
Ekonomi
Genosid Israel di Gaza telah menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) entiti itu susut daripada 6.4% pada tahun 2022 kepada 2% pada tahun 2023. KDNK Israel dijangka akan terus menguncup kepada 0.5% untuk tahun 2024 ekoran perang yang masih berterusan.

Bank Negara Israel menganggarkan perbelanjaan perang akan mencecah sehingga $67 bilion menjelang tahun 2025. Bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat sebanyak $14.5 bilion mampu membiayai sebahagian sahaja daripada kos perang. Ini bermakna rejim itu kini berdepan dilema sama ada memotong perbelanjaan untuk sektor lain atau meminjam dan meningkatkan jumlah hutang negara.
Perang di Gaza telah menyebabkan defisit fiskal Israel berbanding KDNK melonjak daripada 4.1% pada tahun 2023 kepada 7.8% pada tahun 2024. Kesannya, penarafan kredit Israel telah diturunkan sebanyak dua kali oleh Moody’s. Kali pertama daripada A1 kepada A2 pada bulan Februari. Kali kedua daripada A2 kepada Baa1 pada bulan September.
Penarafan kredit yang lebih rendah akan meningkatkan kos kerajaan Israel untuk meminjam dan menambah hutang ekoran peningkatan risiko pembayaran balik. Dengan kata lain, Israel perlu membayar faedah yang lebih tinggi untuk berhutang. Ini akan memberi kesan kepada keupayaan kerajaan Israel berbelanja untuk perkhidmatan awam seperti pendidikan dan kebajikan, dan meningkatkan kemungkinan kerajaan untuk menaikkan cukai.
Peningkatan risiko kredit ini juga akan menyebabkan perniagaan akan mengenakan faedah yang lebih tinggi ke atas peminjam. Kadar inflasi di Israel telah pun meningkat kepada 3.6% dan ia dijangka akan terus meningkat. Jika peningkatan inflasi ini berterusan lebih lama, rakyat Israel bakal berdepan tekanan ekonomi dalam bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang.

Selain implikasi makroekonomi, beberapa sektor penting di Israel turut terkesan:
Sektor pembinaan: 50% projek pembinaan terpaksa ditutup ekoran kekurangan pekerja selepas permit bekerja kepada lebih 100,000 buruh dari Palestin dibatalkan.
Sektor pertanian: pengeluaran merosot sebanyak 25% selepas majoriti kawasan pertanian di sekitar Gaza tidak lagi beroperasi. 10,000 pekerja asing dari sektor ini juga dilaporkan telah meninggalkan Israel atas faktor keselamatan.
Sektor teknologi: selain pengunduran dan penggantungan pelaburan syarikat-syarikat besar seperti Google, Intel, dan Samsung, syarikat pemula (start-up) di Israel sukar mendapatkan pelaburan selain kehilangan tenaga kerja yang dipanggil berkhidmat di dalam ketenteraan. Risiko perang juga telah menyebabkan 49% syarikat kehilangan pelaburan dan satu pertiga bercadang untuk memindahkan operasi ke luar Israel. Kesannya, Israel yang terkenal dengan julukan ‘the start-up nation’ kini sudah mula digelar sebagai ‘the shutdown nation.’
Sektor perniagaan: 60,000 syarikat dijangka akan bankrap akibat kekurangan kakitangan, gangguan rantaian bekalan, dan keyakinan perniagaan yang terus melemah.
Sektor pelancongan: kadar kemasukan pelancong dari Jan-Jun 2024 merosot 81% berbanding tempoh sama tahun 2023. 10% hotel bakal ditutup dan banyak yang berdepan masalah kewangan yang kritikal.
Kesan negatif ini hampir pasti akan memberikan impak yang besar terhadap kemampuan rejim itu untuk meneruskan operasi ketenteraannya di Gaza dan meluaskan konfliknya dengan Hezbollah di Lubnan, Houthi di Yaman, Syria dan Iran.

03
03
Sosial
Sosial
7 Oktober telah menyebabkan lebih 120,000 rakyat Israel dari 25 komuniti di sekitar Gaza dan 28 komuniti di selatan Lubnan menjadi pelarian. Mereka tinggal di hotel atau kawasan perumahan yang telah dijadikan pusat penempatan sementara oleh kerajaan Israel.
Keengganan Israel menamatkan perang telah menyebabkan puluhan ribu rakyatnya tidak dapat kembali ke rumah mereka dan terus terkurung di dalam bilik-bilik hotel sehingga hari ini. 10-15% dilapor telah melupakan terus hasrat untuk kembali kerana sudah tidak lagi merasa selamat duduk berhampiran dengan kawasan sempadan.
Perasaan sama turut dikongsi oleh ratusan ribu lagi rakyat Israel yang lain. Tinjauan oleh Kantar Insights dan agensi media Kan menunjukkan hampir satu perempat daripada rakyat Israel telah pun mempertimbangkan kemungkinan untuk berpindah keluar dari Israel. Data Jabatan Imigresen Israel pula menunjukkan hampir 500,000 orang rakyat Israel telah pun meninggalkan negara itu sepanjang dua bulan pertama perang berlangsung.

Kegagalan tentera Israel menyelamat dan membawa pulang rakyat Israel yang ditawan oleh Hamas pula telah mencetuskan ketegangan di antara keluarga tawanan dengan kerajaan. Protes oleh keluarga tawanan dan penyokong-penyokong mereka berlangsung setiap minggu dengan saiz yang semakin besar dan suara yang semakin lantang. Mereka menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera agar tiada lagi ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat serangan tentera Israel sendiri.

Perang Israel di Gaza juga telah menghangatkan lagi pergeseran di antara golongan sekular dan ultra-ortodoks di Israel. Golongan sekular berang dengan keistimewaan yang terus diberikan kepada kumpulan ultra-ortodoks untuk dikecualikan daripada perkhidmatan tentera ketika Israel sangat memerlukan tentera yang ramai untuk meneruskan operasinya di Gaza, Tebing Barat dan selatan Lubnan.
Terbaru, Mahkamah Tinggi Israel memerintahkan pihak tentera supaya menghentikan pengecualian tersebut dan mula merekrut pemuda-pemudi dari golongan ultra-ortodoks. Perintah ini telah dibantah keras kumpulan ultra-ortodoks sehingga ada yang memecah masuk ke pangkalan tentera untuk menghalang proses pengambilan tersebut. Mereka mengatakan bahawa mereka lebih rela dibunuh oleh ‘orang Arab’ daripada berkhidmat dalam ‘tentera Israel’.

04
04
Ketenteraan
Ketenteraan
Setakat 11 November 2024, Israel melaporkan 787 orang tenteranya telah terkorban dan 5,323 orang lagi cedera. Ini termasuk tenteranya yang beroperasi di Tebing Barat dan selatan Lubnan. Jumlah ini walau bagaimanapun dipertikai oleh banyak pihak termasuk ketua pembangkang di Israel, Yair Lapid. Beliau mendakwa jumlah tentera yang terkorban dan cedera sebenarnya mencecah 12,000 orang; dua kali ganda daripada jumlah rasmi yang dikongsi oleh kerajaan Israel. Beliau mencabar pihak yang meragui dakwaan tersebut untuk mengunjungi sendiri hospital tentera di Tel HaShomer, Ichilov, dan Rambam.

Jabatan Rehabilitasi Tentera Israel melaporkan bahawa sejak 7 Oktober 2023 mereka telah merawat lebih 10,000 orang tentera Israel. Daripada jumlah ini, 37% menerima rawatan akibat kehilangan kaki atau tangan dan 35% menerima rawatan akibat gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) atau gangguan mental yang lain.
Selain kehilangan anggota tentera, data tidak rasmi juga menunjukkan Israel kehilangan banyak aset tentera selepas musnah dalam pertempuran dengan kumpulan pejuang Palestin di Gaza. Pada 30 Jun 2024, Defense Security Asia melaporkan Israel kehilangan lebih 500 kereta kebal, kereta perisai, trak, helikopter, jentolak dan jengkaut. Jumlah ini walau bagaimanapun jauh lebih rendah daripada bilangan yang dilaporkan oleh kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Gaza.

Dalam satu laporan oleh akhbar Yedioth Ahronoth, Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Herzi Halevi secara tidak langsung telah mengaku pihaknya mengalami kekurangan kereta kebal dan senjata ketika menjawab petisyen di Mahkamah Tinggi Israel yang mempersoalkan tindakan pihak tentera menangguhkan pengambilan dan penghantaran tentera wanita yang baru ke Gaza. Kekurangan ini kemudian diburukkan lagi dengan tindakan Israel membuka satu lagi medan pertempuran di selatan Lubnan.
Kekurangan senjata ini seharusnya dapat diatasi melalui bantuan ketenteraan daripada US. Tetapi bantuan US juga nampaknya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan ketenteraan Israel. Sebahagian berpunca daripada peningkatan keupayaan kumpulan pejuang di Palestin untuk memusnahkan aset ketenteraan Israel dengan menggunakan senjata buatan sendiri yang jauh lebih murah. Satu RPG Yasin-105 Hamas dianggarkan bernilai $200 manakala satu kereta kebal Merkava Israel bernilai $3.5 juta. Jurang harga ini menyebabkan lebih mudah untuk Hamas menghasilkan satu RPG berbanding Israel menggantikan satu Merkavanya yang musnah.
Seperti yang telah dimaklumkan, Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dengan dua matlamat utama. Pertama untuk menghapuskan Hamas. Kedua untuk membebaskan rakyat Israel yang ditawan oleh Hamas. Selepas lebih setahun berperang, Israel masih tidak berjaya mencapai matlamat perangnya.
Penentangan Hamas masih aktif di Gaza. Setiap kali tentera Israel mengumumkan penamatan operasi mereka di mana-mana wilayah di Gaza, pejuang Hamas akan muncul semula untuk menguasai wilayah tersebut. Ini menyebabkan tentera Israel terpaksa menceroboh dan menyerang kawasan yang sama berkali-kali. Akhirnya jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari terpaksa mengakui bahawa Hamas tidak boleh dihapuskan; hanya dapat dilemahkan.

Israel juga telah gagal membebaskan rakyat mereka yang ditawan oleh kumpulan pejuang Palestin di Gaza. Setakat Oktober 2024, Israel hanya berjaya membebaskan 8 orang rakyatnya yang ditawan. Ini jauh berbeza dengan 109 orang yang Hamas bebaskan secara unilateral (4) dan melalui pertukaran tawanan (105) ketika gencatan senjata tujuh hari pada November 2023. Jelas, gencatan senjata adalah pilihan terbaik untuk membebaskan tawanan berbanding operasi ketenteraan Israel.
Dengan kata lain, Israel sebenarnya perlu segera menilai semula objektif perangnya dan merangka jalan keluar terhadap operasinya di Gaza. Ironinya, Netanyahu telah bertindak meluaskan lagi perangnya ke peringkat serantau dengan menyerang Lubnan dan Iran. Tindakan ini telah merumitkan lagi keadaan dan hampir pasti akan meninggalkan kesan negatif berpanjangan ke atas sistem dan doktrin pertahanan Israel.

05
05
Undang-undang
Undang-undang
Genosid Israel ke atas Gaza telah menyebabkan entiti itu kini diburu oleh dua badan kehakiman tertinggi di dunia iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Atas permintaan Afrika Selatan, ICJ telah membuka kes ke atas Israel atas dakwaan telah melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza. ICJ telah mengeluarkan beberapa arahan awal terhadap Israel untuk mengurangkan risiko genosid di Gaza pada Januari 2024 dan mengarahkan Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Rafah pada Mei 2024.

ICJ juga dalam satu kes berasingan telah mengisytihar penguasaan Israel ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat dan Gaza sebagai haram dan perlu ditamatkan dengan kadar segera. Mahkamah dunia itu mengesahkan Israel tidak mempunyai hak mahupun kedaulatan ke atas wilayah tersebut, telah melanggar undang-undang antarabangsa terhadap perolehan wilayah secara paksa serta menghalang hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri di atas wilayah mereka.
Pada waktu yang sama Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan telah memohon waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas tujuh dakwaan melakukan jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan. Ini termasuk tindakan membunuh dengan sengaja, menyebabkan kecederaan fizikal dan mental, menggunakan kebuluran sebagai senjata, mensasarkan serangan ke atas orang awam serta pelbagai lagi penganiayaan dan tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

06
06
Hubungan Antarabangsa
Hubungan Antarabangsa
Genosid Israel ke atas Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 11 negara bertindak menggantung atau memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tersebut sebagai tanda protes. Ini termasuklah Jordan, Bahrain, Turki, Bolivia, Colombia, Chile, Brazil, dan Afrika Selatan.
Sokongan antarabangsa kepada Israel juga semakin merosot. Dalam undian Perhimpunan Agung PBB pada 12 Disember 2023, 153 buah negara menyokong gencatan senjata dilaksanakan dengan kadar segera berbanding 10 negara yang membantah. Keputusan ini menunjukkan pertambahan sokongan kepada Palestin berbanding undian untuk usul yang sama pada 27 Oktober 2023 yang menyaksikan 120 negara menyokong dan 14 negara membantah.

Jumlah negara yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara juga semakin meningkat. Terbaru, tiga negara Eropah - Sepanyol, Ireland dan Norway, telah mengiktiraf Palestin sebagai negara menjadikan jumlah negara yang telah mengiktiraf Palestin sebanyak 146 negara. Walau bagaimanapun, hasrat Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB masih tergantung selepas Amerika Syarikat (US) memveto permohonan keanggotaan Palestin kepada Majlis Keselamatan PBB pada 19 April 2024.
Hubungan Israel dengan US pula dilaporkan semakin tawar di sebalik sokongan yang US berikan kepada rejim itu. Biden dalam beberapa insiden telah menyelar Netanyahu sebagai ‘penipu besar’, ‘anak jalang’ dan ‘lelaki yang sangat jahat.’ Ini khususnya selepas Netanyahu melanggar beberapa garisan merah yang Biden letakkan terhadap serangan Israel di Gaza.

Biden juga telah menggantung penghantaran 3,500 bom ke Israel dalam satu keputusan yang mengejutkan banyak penyokong Israel. Ia memberi isyarat hubungan di antara Biden dan Netanyahu semakin memburuk. Anggota pentadbiran US juga dilihat lebih cenderung untuk berurusan dengan Benny Gantz dan Yoav Gallant berbanding Netanyahu.
Terbaru, ketika Netanyahu memberikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB, ramai wakil negara yang bertindak keluar dewan dan memboikot ucapan Perdana Menteri Israel itu. Jelas Israel semakin dipulaukan di peringkat antarabangsa dan semakin hampir kepada status negara pariah.

07
07
Pandangan Umum
Pandangan Umum
Genosid Israel ke atas Gaza telah melonjakkan lagi sokongan masyarakat dunia kepada rakyat Palestin. Media sosial dibanjiri dengan gambar dan video pengeboman Israel yang membunuh ramai wanita dan kanak-kanak sehingga banyak pihak mempersoal keabsahan operasi ketenteraan rejim itu di Gaza. Pendedahan ini menyebabkan Israel buat pertama kali kalah kepada rakyat Palestin dalam perang propaganda.

Pandangan umum terhadap Israel diburukkan lagi dengan tindakan rakyat dan tentera Israel memuatnaik video yang menjenakakan penderitaan rakyat Palestin dan berbangga dengan kemusnahan yang telah mereka lakukan ke atas Gaza. Mereka melakukannya tanpa sedikit pun rasa malu mahupun simpati; seolah-olah mereka tidak melihat rakyat Palestin sebagai manusia yang layak mendapat hak dan kebebasan seperti orang lain.

Oleh kerana pengguna terbesar media sosial ialah golongan muda, golongan ini juga merupakan penyokong terbesar rakyat Palestin pada hari ini. Akibatnya, US, UK dan Eropah dikejutkan dengan protes besar-besaran para pelajar yang menuntut universiti-universiti mereka supaya menamatkan sebarang kerjasama atau pelaburan dengan entiti dari Israel. Protes ini mendapat liputan meluas media antarabangsa selepas para pelajar ini bertindak berkampung di bawah khemah-khemah di hadapan universiti mereka dan enggan bersurai sehingga tuntutan mereka diterima.

Genosid di Gaza juga telah melonjakkan gerakan boikot ke atas syarikat-syarikat yang menunjukkan sokongan kepada Israel. Syarikat-syarikat seperti Starbuck, McDonald’s, Coca Cola dan Nestle mencatatkan kerugian selepas menjadi sasaran boikot penyokong Palestin. Syarikat multinasional seperti Google, Intel, dan Samsung dilaporkan turut menarik pelaburan mereka dari Israel selepas menerima tekanan daripada gerakan Boycott, Divestments and Sanction (BDS).

Genosid di Gaza telah mendedahkan kemunafikan dan sikap berat sebelah pemimpin negara-negara barat yang bersimpati dengan rakyat Ukraine yang diceroboh dan dizalimi oleh Rusia tetapi berpihak kepada Israel yang menceroboh dan menzalimi rakyat Palestin di Gaza. Sikap ini telah menyebabkan masyarakat barat bangkit menuntut kebertanggungjawaban daripada pemimpin mereka. Protes berlaku di bandar-bandar besar di US, UK dan Eropah hampir setiap minggu untuk menuntut supaya genosid dihentikan.

Pungutan suara di US dan UK juga menunjukkan semakin ramai rakyat berpihak kepada rakyat Palestin. Tinjauan Action for Humanity di UK menunjukkan 59% rakyat percaya Israel telah melakukan pencabulan hak asasi manusia yang serius di Gaza sementara 56% menyokong sekatan eksport senjata ke Israel. Di US, 61% rakyat mahu kerajaan memainkan peranan untuk menghentikan genosid di Gaza. Di Israel sendiri 53% rakyat merasakan sudah tiba masa untuk perang di Gaza ditamatkan.

Semua kesan ini memberikan gambaran bahawa genosid ini berkemungkinan besar adalah petanda kepada permulaan kehancuran Israel dan projek penjajahannya di Palestin. Setidak-tidaknya ini adalah pendapat ahli sejarah Israel dan penulis buku ‘The Ethnic Cleansing of Palestine’, Profesor Ilan Pappé.
“Perang Israel di Gaza ketika ini mungkin saat paling gelap dalam sejarah Palestin, tetapi ia adalah kegelapan sebelum terbitnya matahari," kata Pappé.
“Saya percaya kita sedang menyaksikan permulaan kepada pengakhiran projek ini (penjajahan Zionis di Palestin).”
“Permulaan kepada pengakhiran projek penjajahan seperti Zionisme adalah episod paling mengerikan kerana rejim tersebut sedang mempertahankan kewujudannya,” jelas beliau.

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET