Mengapa Hamas Serang Israel?

Mengapa Hamas

Serang Israel?

Teruskan Scroll

Mengapa

Hamas Serang

Israel?

Teruskan Scroll

Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 telah mengejutkan banyak pihak termasuk Israel sendiri. Namun, seperti yang diakui oleh Antonio Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), serangan ini tidak berlaku dalam vakum (tanpa sebarang sebab).

Pasca Perang Saif al-Quds pada Mei 2021, kezaliman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin terus berlaku. Akibatnya, tahun 2022 menjadi antara tahun paling berdarah di Palestin apabila 230 orang rakyat Palestin dilaporkan terkorban - 171 orang di Tebing Barat dan 59 orang di Gaza.

Profesor Dr Mohsen Saleh, Pengarah Pusat Kajian Al Zaytouna yang berpusat di Lubnan meramalkan satu lagi ledakan kebangkitan akan berlaku pada tahun 2023 sekiranya pembunuhan ini berterusan. Ternyata ramalan beliau tepat.

Berikut adalah 7 sebab mengapa Hamas melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober 2023. Sebab-sebab ini terkandung dalam dokumen rasmi yang diterbitkan oleh gerakan itu pada 27 Januari 2024 bagi menjawab persoalan-persoalan sekitar serangan pada 7 Oktober.

Tahun 2023 menyaksikan pencerobohan dan provokasi kumpulan ekstremis Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa semakin menjadi-jadi. Ini selepas Itamar Ben-Gvir, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel yang baharu memberikan perlindungan yang kuat kepada kumpulan ini. Bahkan, dalam beberapa insiden beliau sendiri yang mengetuai pencerobohan ini.

Ben-Gvir adalah figura yang mencetuskan peperangan pada tahun 2021 melalui provokasi beliau ke atas Masjid al-Aqsa dan penempatan rakyat Palestin di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis. Beliau telah menang dalam pilihan raya pada November 2022, dijemput untuk menyertai kerajaan dan dilantik menjadi menteri oleh Benjamin Netanyahu. Tanpa sokongan beliau dan partinya, Otzma Yehudit (Jewish Power), Netanyahu tidak cukup sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Di bawah seliaan beliau, rejim Israel telah meneruskan polisi untuk “merampas dan mengyahudikan Masjid al-Aqsa, mengehadkan akses rakyat kami ke atas masjid ini, mengkhususkan beberapa bahagian masjid ini untuk akses dan upacara penganut Yahudi, serta menceroboh dan mengasari jamaah yang beribadah di dalamnya,” jelas Hamas.

Akibatnya, keganasan yang kita saksikan di Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan 2021 berulang sekali lagi pada bulan Ramadan 2023. Malangya, tiada sebarang tindakan tegas diambil oleh negara-negara Islam mahupun komuniti antarabangsa untuk mengekang pencabulan ini daripada terus berlaku.

Justeru, Hamas sekali lagi mengambil pendirian untuk mengingatkan Israel agar tidak terus mencabuli kesucian Masjid al-Aqsa dengan melancarkan serangan ke atas Israel. Sebab itulah serangan ini diberi nama Operasi Taufan al-Aqsa.

Seperti yang telah disebutkan, tahun 2022 adalah antara tahun paling berdarah di Palestin. Pembunuhan ini telah diteruskan sepanjang tahun 2023. 

Data United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (UNOCHA) menunjukkan dari 1 Januari hingga 30 September 2023, 232 orang rakyat Palestin telah terbunuh. 45 orang (34%) daripadanya adalah kanak-kanak. Ini sekaligus melepasi angka keseluruhan tahun 2022.

Hamas telah beberapa kali mengeluarkan amaran kepada Israel supaya menghentikan pembunuhan rakyat Palestin. Namun, amaran ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Pemimpin Israel sebaliknya meningkatkan lagi api permusuhan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang biadab.

Sebagai contoh, Itamar Ben-Gvir, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel mempertahankan tindakan tentera Israel menembak mati rakyat Palestin di Tebing Barat dan menggelar mereka sebagai ‘hero’.

Bezalel Smotrich, Menteri Kewangan Israel pula menggesa agar kerajaan ‘memadam’ (memusnahkan sahaja) penempatan Palestin di Tebing Barat selepas pendatang haram Israel bertindak membakar sebuah perkampungan Palestin di Huwara, Nablus, Palestin.

Jadi, operasi Taufan al-Aqsa juga adalah tindak balas kepada pembunuhan-pembunuhan ini.

2023 juga merupakan tahun yang amat menyakitkan buat rakyat Palestin yang ditahan di dalam penjara Israel. Sebelum serangan 7 Oktober, terdapat 5,200 rakyat Palestin di dalam penjara Israel termasuk 170 orang kanak-kanak dan 33 orang wanita. 1,264 orang (24%) daripada jumlah ini telah ditahan tanpa sebarang dakwaan dan perbicaraan.

Selepas dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ben-Gvir berikrar untuk menjadikan penjara sebagai satu lagi neraka untuk rakyat Palestin. Di bawah rejim Ben-Gvir, penjara-penjara Israel telah memperkenalkan polisi-polisi baru untuk terus menzalimi tahanan Palestin. Antara polisi yang diperkenalkan ialah:

Hamas telah memberi amaran kepada Israel supaya menghentikan provokasi ke atas tahanan Palestin dan mengangkat semua sekatan baru yang dikenakan. Namun, amaran ini langsung tidak diendahkan. 

Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan-tahanan Palestin sebagai tanda protes kepada layanan buruk ini juga telah diremehkan begitu sahaja. Akibatnya, Khader Adnan, 45 tahun, syahid pada hari ke-87 mogok lapar yang beliau lancarkan. Beliau antara tahanan Palestin berprofil tinggi yang telah melancarkan mogok lapar beberapa kali sebelum ini.

7 Oktober adalah hukuman terhadap “layanan buruk, penyiksaan dan penindasan ke atas ribuan rakyat Palestin yang berada dalam penjara Israel di bawah kawal selia Menteri Israel yang fasis, Itamar Ben-Gvir,” tegas Hamas. 

Sebab itu jugalah Hamas telah bertindak mengambil sebanyak mungkin tawanan ketika serangan 7 Oktober. Tawanan ini mahu ditukarkan dengan tahanan Palestin yang berada di dalam penjara Israel untuk membebaskan mereka daripada neraka yang dicipta oleh Ben-Gvir.

2023 juga menyaksikan peningkatan mendadak kelulusan projek penempatan haram Israel di Tebing Barat. Menurut Peace Now, setakat bulan September Majlis Perancangan Tertinggi Israel telah meluluskan pembinaan 12,855 lagi unit rumah yang baru di Tebing Barat. Ini adalah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak tahun 1993!

Pada waktu yang sama, menurut Tor Wennesland, Koordinator Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah, Israel telah merobohkan 238 struktur milik rakyat Palestin menyebabkan 183 orang hilang tempat berteduh

Tindakan Israel membina penempatan di Tebing Barat dan merobohkan rumah rakyat Palestin adalah jenayah perang di bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Sebagai kuasa penjajah, Israel tidak boleh menggunakan tanah dan sumber asli wilayah yang ia kuasai untuk tujuan selain daripada keperluan ketenteraan atau keselamatan atau untuk kepentingan penduduk tempatan. Selain daripada tujuan tersebut ia dianggap sebagai satu rompakan ke atas harta penduduk tempatan.

Tindakan Israel menempatkan rakyatnya di Tebing Barat pula melanggar Artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat yang menyatakan: “Kuasa Penjajah tidak boleh mengusir atau memindahkan sebahagian daripada penduduk awamnya ke dalam wilayah yang ia kuasai.”

Malangnya semua undang-undang ini tidak diendahkan oleh Israel kerana “kumpulan ekstrem dan sayap kanan kerajaan Israel mahu merampas seluruh kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dan menjadikannya sebahagian daripada wilayah Israel,” jelas Hamas. 

Jadi, Operasi 7 Oktober dilancar untuk membanteras rampasan lebih banyak tanah rakyat Palestin khususnya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sekatan Israel ke atas Gaza telah berlarutan lebih 17 tahun. Sebaik sahaja Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006 dan mengambil alih tampuk pemerintahan di Gaza, Israel telah mula mengenakan sekatan ke atas wilayah kecil itu.

Walaupun Israel telah berundur dari Gaza pada tahun 2005, secara efektifnya ia masih mengawal akses masuk dan keluar dari wilayah tersebut. Jumlah trak dan jenis barangan yang boleh dibawa masuk ke Gaza dikawal oleh Israel di dua pintu utama - pintu Erez di utara dan pintu Karim Abu Salem di selatan. Pintu masuk di Rafah dikawal dengan kerjasama kerajaan Mesir.

Di sebelah laut, nelayan di Gaza hanya dibenarkan untuk pergi antara 3-15 batu nautika (5-27 km) sahaja bergantung kepada zon mereka berada. Gaza tidak dibenarkan memiliki pelabuhan untuk mengurus sendiri aktiviti eksport dan import mereka menggunakan jalan laut. 

Gaza juga tidak dibenarkan untuk mengawal ruang udaranya. Gaza pernah memiliki lapangan terbang sebelum ini. Lapangan terbang ini terletak di Rafah dan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat. Namun lapangan terbang ini hanya sempat beroperasi selama 3 tahun (1998-2021) sebelum Israel merosakkan sistem radar, menara kawalan dan landasannya menyebabkan ia tidak lagi dapat beroperasi.

Disekat melalui darat, laut dan udara selama hampir dua dekad telah menyebabkan rakyat Gaza seolah-olah hidup di bawah penjara; penjara terbesar di dunia. Serangan 7 Oktober adalah usaha Hamas untuk membebaskan rakyat Gaza daripada penjara yang membelenggu mereka selama ini.

Rakyat Palestin telah berusaha mencari penyelesaian melalui jalan damai menerusi Perjanjian Oslo 1993. Perjanjian tersebut antara lain menggariskan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas di atas wilayah Tebing Barat dan Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Malangnya selepas lebih 30 tahun (1993-2023), proses damai ini tidak menghasilkan sebarang perdamaian. Sebaliknya ia telah mencetuskan malapetaka yang lebih besar kepada rakyat Palestin. Lebih banyak tanah dan harta rakyat Palestin telah dirampas, lebih banyak rakyat Palestin telah dipenjarakan dan lebih banyak nyawa rakyat Palestin telah terkorban. Kerajaan Israel sendiri bahkan telah beberapa kali mengatakan mereka menolak penubuhan negara Palestin sekaligus menjadikan proses damai ini tidak lagi mempunyai apa-apa nilai.

Kurang sebulan sebelum Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah membentangkan peta “Timur Tengah Yang Baharu” di hadapan delegasi Perhimpunan Agung PBB. Peta tersebut menunjukkan wilayah Israel meliputi semua kawasan dari Sungai Jordan sehingga ke Laut Mediterranean, termasuk Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza. Di mana negara Palestin?

Netanyahu bahkan menyeru negara-negara Arab khususnya Arab Saudi untuk berdamai dan menjalinkan hubungan rasmi dengan Israel. Normalisasi hubungan antara negara-negara Arab dan Israel didakwa akan mencipta “Timur Tengah Baharu” yang lebih aman, maju dan sejahtera.

Serangan 7 Oktober adalah usaha Hamas untuk menggagalkan normalisasi hubungan ini dan cubaan Israel untuk mengelak daripada berdamai, mengiktiraf dan memulangkan hak rakyat Palestin sebelum ia boleh diterima sebagai sebahagian daripada Timur Tengah seperti yang termaktub dalam tawaran ‘Arab Initiative’.

Perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan tanah air mereka tidak bermula pada 7 Oktober tetapi sejak 105 tahun yang lalu ketika Palestin dijajah oleh British lagi.

Pada tahun 1918, rakyat Palestin memiliki 98.5% daripada tanah Palestin dan mewakili 92% daripada populasi di Palestin. Kerjasama di antara Penjajah British dan Gerakan Zionis untuk membawa masuk secara beramai-ramai orang-orang Yahudi ke Palestin telah membolehkan mereka kemudian menguasai sekitar 6% tanah di Palestin dan membentuk sehingga 32% daripada populasi Palestin sebelum penubuhan negara Israel di atas bumi Palestin pada tahun 1948.

Negara Israel tertegak melalui rampasan ke atas 78% daripada tanah Palestin dan pengusiran lebih 750,000 penduduknya. Rampasan ini dilaksanakan oleh pengganas-pengganas Zionis dengan membakar lebih 500 kampung dan bandar Palestin dan melakukan lebih 50 pembunuhan beramai-ramai dalam tragedi yang dirujuk oleh orang Arab sebagai an-Nakbah (malapetaka) 1948.

Pembunuhan dan pengusiran ini berulang sekali lagi pada tahun 1967 yang menyaksikan Israel merampas kesemua (22%) tanah Palestin yang masih berbaki - Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur, dan beberapa wilayah Arab di sekitar Palestin (Semenanjung Sinai di Mesir dan Bukit Golan di Syria).

Rakyat Palestin telah berdepan dengan pelbagai bentuk penindasan, kezaliman, dan polisi apartheid penjajah Israel selama berdekad-dekad. Semua kezaliman ini telah direkodkan dan dilaporkan oleh pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International, Human Rights Watch (HRW) dan B’tselem, badan hak asasi manusia dari Israel sendiri. Bahkan, lebih 380 resolusi PBB telah diluluskan sepanjang 75 tahun penjajahan Israel yang berpihak kepada rakyat Palestin.

“Namun, semua laporan dan resolusi ini telah dibakulsampahkan dan jenayah penjajah Israel masih tidak dihukum,” tegas Hamas.

“Selepas lebih 75 tahun berada di bawah penjajahan dan penindasan, selepas pelbagai inisiatif aman untuk membebaskan dan mengembalikan rakyat kami ke tanah air mereka, dan selepas kegagalan teruk proses damai, apa yang penduduk dunia rasa kami perlu lakukan untuk menghadapi semua ini?”

“Apakah yang dunia jangkakan daripada rakyat Palestin selepas semua ini? Apakah kami perlu terus menunggu dan terus bergantung harap kepada PBB?”

“Atau kami mengambil inisiatif untuk mempertahankan rakyat kami, tanah air kami, hak-hak kami, maruah dan kedaulatan kami. Bukankah mempertahankan diri adalah hak yang telah termaktub dalam undang-undang, norma dan konvensyen antarabangsa?”

“Bertitik tolak daripada semua inilah Operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober dilancarkan. Ia adalah langkah yang perlu dan tindak balas yang tabii ke atas semua penindasan penjajah Israel ke atas rakyat kami dan perjuangan mereka.”

“Ia adalah tindakan mempertahankan diri dalam rangka menamatkan penjajahan yang berlaku, mendapatkan semula hak-hak kami dan ke arah pembebasan dan kemerdekaan kami sepertimana rakyat lain di seluruh dunia,” jelas Hamas.

© 2024 HAK CIPTA TERPELIHARA 7OKTOBER.NET